Showing posts with label Simptom ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label Simptom ibu mengandung. Show all posts

Friday, 8 January 2016

4 SEBAB KENAPA IBU MENGANDUNG CEPAT RASA DAHAGA DAN PANAS

Lately ni saya kerap sangat rasa dahaga tak kira siang atau malam. Tekak asyik rasa kering jee. Terdetik dalam hati sekarang ni memang musim panas sampaikan saya asyik dahaga atau disebabkan preggy maka saya lebih cepat rasa dahaga. Jadi seperti biasa, e-book women and pregnancy jadi sasaran saya. Maka bermulalah sesi belek membelek satu demi satu (yang mana dpt free access aje laa hahaha). Sebenarnya rasa dahaga dan panas dikalangan ibu mengandung adalah perkara biasa disebabkan perubahan fisiologi ibu semasa mengandung.

  Rasa Dahaga dan Panas Dikalangan Ibu Hamil Adakah Normal?
Rasa Dahaga dan Panas Dikalangan Ibu Hamil Adakah Normal?

Alkisahnya kekerapan rasa dahaga memang biasa dialami oleh kebanyakan wanita preggy, terutama pada awal dan akhir kehamilan. Situasi ini terjadi disebabkan oleh perubahan yang dialami oleh badan sepanjang mengandung. Patut lah semenjak dua menjak ni saya asyik dahaga dan panas aje. Berpeluh-peluh badan, rasa tak selesa pun ada bila badan asyik berpeluh ni. Jalan sikit je dah rasa dahaga dan berpeluh, sendiri rasa badan 'ashemmmmm' hehehe. 


Rasa dahaga dan mudah panas ini semakin kerap dialami oleh ibu yang sudah masuk ke trimester ketiga iaitu fasa terakhir kehamilan sebelum bayi lahir ke dunia. Rasa cepat dahaga ini kerana rahim ibu semakin membesar dan terjadi tekanan pada pundi air kencing sehingga menyebabkan ibu cepat rasa dahaga. Dan rasa cepat panas pula disebabkan oleh kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila berada dalam trimester ketiga menyebabkan tubuh badan wanita akan rasa panas.


Saya kongsikan dengan bakal ibu dan para ibu sekelian tentang faktor terjadinya simptom mudah bahaga dan cepat panas di kalangan wanita hamil. Berikut antara mengapa ibu kerap rasa dahaga dan panas sepanjang mengandung:


1. Peningkatan Hormon

Semasa mengandung, hormon menjadi tidak seimbang terutama pada peringkat awal. Peningkatan hormon progestrogen turut membuatkan rasa dahaga dan panas kepada si ibu melebihi hari-hari biasa.


2. Peningkatan Bekalan Darah

Bekalan darah ke dalam rahim akan meningkat ketika mengandung seiring dengan perkembangan rahim dan untuk memenuhi keperluan plasenta yang mula berfungsi. Keperluan darah sangat penting untuk nutrisi bayi dalam kandungan dan keperluan oksigen di mana darah berfungsi sebagai agen pengangkutan oksigen ke seluruh badan. Nutrisi dan oksigen ini diperlukan oleh sel-sel untuk terus berkembang. Tidak hairanlah ibu hamil kerap haus apabila usia kehamilan semakin bertambah. Ini kerana keperluan darah yang semakin meningkat menyebabkan rasa dahaga terus bertambah.

Manakala peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas. Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.


3. Penurunan tekanan darah

Ada juga ibu hamil yang mengalami penurunan tekanan darah pada 24 minggu pertama kehamilan. Ini kerana jantung perlu mengepam darah lebih banyak dan bekerja lebih kuat di seluruh badan. Penurunan tekanan darah ini akan menyebabkan wanita hamil mudah rasa dahaga, ibu turut akan bernafas lebih cepat, pucat, mual, penglihatan kabur dan pening kepala. Ketidak tentuan ini juga akan menyebabkan ibu mudah rasa panas dan berpeluh.


4. Untuk Hidrasi

Cecair diperlukan sepanjang mengandung kerana salah satu kegunaannya adalah untuk penghasilan cecair kantung amnion/kantung ketuban. Sebab itulah ibu hamil mudah rasa dahaga dan ibu hamil di sarankan meminum 8 gelas air putih setiap hari.

Air berfungsi untuk melindungi bayi. Ianya juga diperlukan buah pinggang untuk membuang sisa pembuangan dari dalam badan termasuk sisa pembuangan yang dihasilkan oleh bayi. Kehilangan air yang banyak dalam badan bukan sahaja membahayakan si ibu malah bayi dalam kandungan mereka. Kehilangan air akan menyebabkan suhu badan meningkat dan ini menyebabkan ibu mudah rasa panas. Oleh itu, ibu hamil selalu rasa dahaga hendaklah minum cukup air. Ibu dinasihatkan minum air sebelum rasa dahaga atau haus baca lanjut bahaya dehidrasi DI SINI.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...