Showing posts with label Stroke. Show all posts
Showing posts with label Stroke. Show all posts

Monday, 23 February 2015

13 Petua Menghadapi Cuaca Panas Luar Biasa

Cuaca panas extreme atau panas melampau di sudahpun melanda negara kita. Bermula minggu hadapan Malaysia dijangka akan berdepan cuaca panas sehingga bulan April ini berikutan fenomena Ekuinoks. Mungkin ramai yang tak sedar bahawa cuaca panas sejak awal minggu lepas kan. Membahang je cuaca sejak sebelum sambutan Tahun Baru China baru-baru ni kan. Amaran telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya orang ramai lebih alert tentang penyakit dan kemudaratan yang boleh terjadi akibat panas melampau ni.

13 Petua Menghadapi Cuaca Panas Luar Biasa
 Cuaca Panas Luar Biasa

Penyakit akibat cuaca panas merangkumi pelbagai masalah kesihatan yang boleh timbul apabila kita terlalu banyak terdedah kepada cuaca panas. Antaranya, masalah ringan seperti rasa tidak selesa atau penyakit kulit seperti ruam panas (heat rash), kelesuan dan pitam akibat panas (heat exhaustion) kepada keadaan serius seperti kekejangan, kepanasan yang melampau akibat panas hingga menyebabkan ketidaksedaran atau lebihserius lagi menyebabkan stroke haba (Heat stroke).


Punca Stroke Haba (Heat Stroke)
Punca Stroke Haba (Heat Stroke)


Berikut adalah 13 petua dan amalan yang perlu dilakukan semasa musim cuaca panas ialah :
  1. Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita.
  2. Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  3. Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan.
  4. Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
  5. Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan.
  6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  7. Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas.
  8. Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
  9. Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas).
  10. Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  11. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.
  12. Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlet yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan.
  13. Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal.

Kesan Cuaca Panas Melampau
Kesan Cuaca Panas Melampau

Cara terbaik untuk mencegah diri kita atau ahli keluarga kita daripada komplikasi penyakit berkaitan kepanasan ini adalah dengan berwaspada dengan tanda awal penyakit dan dehidrasi. Jika tanda-tanda dikesan, segeralah ambil langkah untuk melegakannya. Anda boleh minum lebih air atau menurunkan suhu badan secara perlahan-lahan dengan melapkan badan dengan tuala basah ataupun mandi dengan air suam (bukan air sejuk beku). Jika anda atau keluarga anda menunjukkan tanda strok haba (seperti nampak keliru dan tidak sedarkan diri) – segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Golongan masyarakat yang berisiko atau mudah terdedah terhadap bahaya penyakit cuaca panas ni termasuklah kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun, ibu hamil, ibu menyusu dan golongan tua berumur lebih daripada 65 tahun. Ini kerana golongan ini lebih sensitif terhadap kesan perubahan cuaca. Bagi kanak-kanak, mereka memerlukan bantuan dari orang dewasa untuk menyejukkan badan serta memberi hidrasi yang cukup. Warga emas kita pula turut berisiko tinggi kerana sistem tubuh mereka mungkin tidak lagi efektif untuk menurunkan suhu badan dan mereka juga tidak dapat mengesan kenaikan suhu badan dengan baik. Bagi pesakit yang menghidapi penyakit lemah jantung dan kegagalan buah pinggang, semasa musim panas ini mereka lebih cenderung minum lebih banyak air. Namun, oleh kerana masalah jantung dan buah pinggang mereka, apabila mereka lebih banyak minum air, mereka boleh mendapat masalah ‘fluid overload’ di mana paru-paru mereka dipenuhi air (acute pulmonary oedema). Maka, golongan ini perlu berhati-hati apabila mengambi lebih banyak air semasa musim panas ini.

Bagi saya dan keluarga, kami dah lama tinggalkan minuman isotonik ni dan menggantikan dengan minuman elektrolit tanpa gula daripada Shaklee iaitu Performance Drink (PD). Jika sebelum ini saya banyak mengaitkan PD ini dengan demam, ulser sebenarnya PD ini juga bagus untuk menyejukkan badan kita. Anda boleh baca lanjut mengenai manfaat PD DI SINI. Berminat nak order Performance Drink (PD) ini? Jangan risau anda cuma perlu CLICK DI SINI

Jom kita lebih berwaspada dan mengelakkan diri dan keluarga kita daripada ketidakinginan akibat kepanasan ini.


Love
Nur Masliza Muda
012-2965214

Friday, 18 July 2014

Part 2 : Stroke dan VIVIX SHAKLEE

Ok sepertimana yang Mak Jemah janjikan sebelum ni, kali ni Mak Jemah akan sambung cerita tentang Stroke dan Vivix. Kali ni Mak Jemah nak kongsikan dengan anda semua bagaimana VIVIX SHAKLEE membantu pesakit Stroke atau angin ahmar. Jika entri sebelum ni Mak Jemah ceritakan tentang bagaimana Stroke ini terjadi , boleh baca di sini KLIK DI SINI

Mak Jemah kongsikan pengalaman pesakit stroke yang dekat dengan Mak Jemah iaitu ibu mertua ku sayang hehehe. Tahun 2011 mak mertua saya diserang stroke dan disahkan lumpuh separuh badan. Badan lumpuh, mulut pun senget dan cakap pun tidak difahami. Ya Allah, suatu mimpi ngeri untuk ibu mertuaku. Daripada seorang yang lincah kini dia terlantar dan hilang segala upaya.



Stroke Vivix
Mak Semasa Hari Persandingan Mak Jemah


Stroke Vivix
Mak Semasa Sihat



Mak semasa sihat, sebelum diserang stroke.

Meh kita layan pic selepas mak di serang stroke dan kita tengok perubahan rupa mak mertua mak jemah selepas di serang stroke ni.

Stroke dan Vivix
Keadaan Mak Selepas 2 Hari diserang stroke


Vivix
Keadaan Mak Selepas 9 bulan diserang stroke


Selepas Seminggu Consume Vivix


Vivix
Selepas hampir setahun consume Vivix



Perubahan paling ketara pada mak ialah daripada patah perkataannya yang makin jelas, kini Alhamdulillah kami dah boleh memahami apa yang mak cakap. Sebelum mengamalkan vivix emosi dan rupa mak sentiasa murung. Nak membuang air besar pun susah seminggu hanya yakkkk sekali jer. Kini dia sendiri yang cakap dia rasa badan makin sihat. Ohh satu lagi tekanan darah yang selalunya 200 lebih tu kembali normal. Seminggu di sabah masa tu kami monitor dan memang bacaan tekanan darahnya normal ( sorry pic tarak sebab mak jemah bila balik kg mmg selebek ler maklum lah kat pulau hehehe)

Memanglah kami sekeluarga happy sangat tengok perubahan mak. Sebelum consume Vivix bermacam macam supplement di belikan oleh adik ipar dan suami saya. Tapi hasilnya tetap sama juga. Yelah sebagai anak, menantu kami dan saya rasa semua orang pun sanggup berhabis wang untuk berubat kan. begitulah juga dengan kami, disebabkan siste in law (SIL) saya yang menjaga mertua, maka dialah yang paling banyak berkorban masa, dan tenaga membawa mak berubat. 

Raya tahun lepas saya beranikan diri untuk bawak balik Vivix pada mak. Memang pada mulanya suami saya agak keberatan nak bagi mak minum Vivix. Maklumlah SIL pun banyak sudah bagi macam-macam supplement untuk mak. Tapi disebabkan Mak Jemah ni degil, dan nak tengok mak mertua sihat maka mak jemah hasut dan 'rasuk' suami supaya mak amalkan Vivix. Apa salahnya mencuba Vivix pula kan. Dan hasilnya suami pun bersetuju, maka hasut dan rasuk saya  menjadiiiiii lah hehehehe. Sehari hanya sesudu kecil je. Dan Alhamdulillah suami dan SIL berjaya pujuk mak minum Vivix ni.

Haaa jangan tatau selari dengan peningkatan bonus Mak Jemah, sekarang ni Mak Jemah sponsor Vivix utk Mak mertua setiap bulan. Ewahhhh. 

Vivix
Vivix Untuk Stroke

Sebenarnya ikutkan pengalaman keluarga sebelah arwah mak mak jemah, bila diserang stroke kami akan terus berurut secara tradisional. Tapi disebabkan mak mertua  daripada latar belakang yang berlainan, maka mereka tak mempercayai kaedah moden. Mereka masih percaya pada amalan yang agak tidak logik diterima akal. 

KESIHATAN juga adalah KEKAYAAN malah REZEKI yg tidak ternilai,hanya yg telah kehilangan sahaja yg tahu betapa berharganya nikmat KESIHATAN itu..

Rasa Vivix??? Best uolls masam2, kelat manis tak rugi minum Vivix kalau anda ada sejarah darah tinggi dan stroke. Apalah sangat harga Vivix tu kalau anda mampu beli handbag yang mahal tu kan...Vivix Order Di Sini


Sayangi diri anda...

Love
Nur Masliza 012-2965214
nurmasliza@gmail.com

Tuesday, 1 July 2014

Part 1 : Stroke atau angin ahmar. Bagaimana ianya meragut nyawa insan kesayanganku.

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Datangnya Ramadhan memang menggamamit 1001 kenanangan. Sehingga akhir usia pun Mak Jemah pasti tak akan dapat lupakan Allah menjemput ibu mak jemah selepas azan subuh pd pagi Jumaat, 6 Ramadhan tahun 1998. Sangat sayu dan terluka mengigati saat itu. Apatah lagi pemergian ibu mak jemah tu pada hari yang sepatutnya mak jemah balik ke kampung sempena semester break. Tahun pertama di universiti malaya ibu pergi mengadap Ilahi, paling menyedihkan mak jemah tak sempat bersama dia di saat nyawa nya bercerai dari badan.
Wajah seorang ibu yang sangat dirindui.
Wajah seorang ibu yang sangat dirindui.


Adakah mak jemah sama mcm arwah mak??
Adakah mak jemah sama mcm arwah mak??


Haa cer tgk cer tgk ikut muka saper
Haa cer tgk cer tgk ikut muka saper


Al kisahnya Mi mak jemah ni mendapat serangan darah tinggi sejak mengandungkan Mak Jemah. Tapi Alhamdulillah Mak Jemah lahir secara normal. Dan bermula dari situ lah insan ini sentiasa berbekal kan ubat darah tinggi. Insan ni pernah di serang mild stroke masa kami sekeluarga baru balik ke kampung di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1992. Sebab itu lah mak jemah sangat-sangat mengambil berat tentang darah tinggi dan stroke. Pada mak jemah berhabiskan duit demi kesihatan kita. 

Sampai sekarang bila ada kawan-kawan mengadu orang tua mereka ada darah tinggi atau  penyakit lain yang seangkatan dengannya saya akan 'terlebih prihatin'. Benar ajal maut bila sampai tidak akan lewat atau cepat walaupun sesaat. Namun sebagai manusia kita harus berusaha dan menyayangi kesihatan dan badan yang Allah anugerahkan kepada kita. 

Bila bercakap tentang darah tinggi, stroke memang keluarga mak jemah ramai yang diserang gejala ini. Percaya atau tidak chek (atok), mok (nenek), chik (pakcik) mak jemah meninggal disebabkan stroke yang membawa kepada kematian sudden death. Bak kata orang kelate "kena tu mati terus" (kena ke terus meninggal). Dan Mi mak jemah juga tentunyaaa. Ya Allah Kau tempatkan lah keluarga ku di kalangan hambaMu yang beriman dan berikanlah mereka ganjaran syurga. 



Ini pulak Chik -yg kadet polis tu anak chik aka cousin mak jemah


Dua lagi pakcik mak jemah, pak ngah zul dan pak Udi di serang juga diserang mild stroke yang melumpuhkan keupayaan mereka tetapi tidak lumpuh. MIL mak jemah pun diserang stroke kini bed ridden kata ompoteh atau dgn kata lain nya lumpuh. bila darah terlalu tinggi kebarangkalian stroke dan perdarahan dalam otak sangat tinggi. 

Apakah stroke??atau angin ahmar ni???


Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota badannya.

Apakah gejala strok/angin ahmar?

Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
Sukar menelan
Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
Nasihat amalan pemakanan sihat (pemakanan yang kurang lemak, banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambahan vitamins atau supplements)

Haaaaa nampak tak bagaimana bahayanya stroke atau angin ahmar ni...
Terlalu panjang pulak entry mak jemah kali ni. Ok lah mak jemah sambung part 2 pulak untuk menceritakan bagaimana produk Shaklee mambantu pesakit stroke atau bantu kita elakkan stroke daripada terjadi.

Love 
Nur Masliza 012-2965214


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...