Showing posts with label Sultan Azlan Shah. Show all posts
Showing posts with label Sultan Azlan Shah. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Perginya Seorang Sultan; Kemangkatan Tuanku Sultan Azlan Shah

Rabu lalu, beberapa jam selepas Mak Jemah menghapdate blog tentang Almarhum Sultan Perak Sedang gering barulah benar-benar baginda mangkat. Beberapa jam selepas update blog Mak Jemah dapat wassap daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengenai kemangkatan baginda. Innalillah hiwainnailahirajiun. Semoga roh baginda ditempatakan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh. Kemangkatan baginda menjadikan baginda kini bukan lagi penghuni dunia tetapi sudah berada di alam kubur.

Memang menyedikan tetapi sememangnya sudah dijangkakan...Baginda mangkat pada jam 1.30 petang di IJN Kuala Lumpur. Sedih tapi sudah menjangkakan, macam mana tuuuuuu???? Hahahah tak mengapalah kita sama-sama berdoa semoga baginda aman di alam baru...



 Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah - kini ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35.

Jenazah Almarhum baginda tiba di istana Iskandariah Kuala Kangsar. Betapa besarnya tanggungjawab putera lelaki sulung baginda. Kalau bagi kita rakyat biasa ni, itu adalah pengorbanan terakhir seorang anak kepada bapanya sebelum berpisah ke alam yang berbeza.


Pada petang 29 Mei 2014, sebelum jenazah almarhum baginda di bawa keluar daripada Istana Iskandariah untuk disembahyangkan dan di semadikan di makan di raja bersebelahan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Raja Nazrin telah ditabalkan sebagai pengganti Almarhum Ayahandanya. Buat pertama kalinya dalam hidup Mak Jemah, dengar perkataan "DAULAT TUANKU'"  dilaungkan slepas baginda Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah setia sebagai pemerintah. Berdiri bulu roma, dan air mata bergenangan entah kenapa. Mungkin sebab selama ni hanya dengar laungan daulat tuanku dalam drama-drama melayu lama. Kini menyaksikannya secara langsung dalam suasana hiba. Wahhhh mak jemah dalam hati ada taman rupanya hahahaha.

AL Fatihah kepada The Judge King...bersemadilah tuanku di sana dengan tenang dan selamat memerintah kepada Sultan Nazrin. Daulat Tuanku...

Mak Jemah tak leh nak berceloteh panjang, sebab tersedih dan tersebak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...