Showing posts with label Tawau. Show all posts
Showing posts with label Tawau. Show all posts

Wednesday, 11 February 2015

Tawau Syurga Seafood Yang Perlu Dikunjungi

Assalamualaikum. Ewah tajuk entri hari ni Tawau syurga seafood! Itu yang memang boleh saya simpulkan. Seafood yang murah, fresh dan terbaik. Bertahun balik ke Tawau dan Semporna, belum pernah sekalipun saya share dengan anda tentang syurga seafood ni. Secara peribadinya saya rasa ikan di Tawau ini sangat fresh dan adehhh besor gedabak kot ikan-ikannya. Kalau di tempat saya  Pasir Puteh terkenal dengan ikan Tok Bali, tetapi jarang saya dapat tengok di pasar ikan Pasir Puteh atau Pasar Ikan Tok Bali ada lobster gedabak, udang besar-besar macam di Tawau ni. Paling best saya pertama kali tengok ikan tuna yang saiznya sebesar budak umur 5-6 tahun! Haddoi bayangkan betapa besarnyaaaaaaaa ikan ittuuuu. Tak pernah dapat lihat ikan sebesar itu di Pasir Puteh. Memula kawin dulu jakun kejap saya bila pergi pasar ikan Tawau haahahah. Semua ikan murah, seafood murah, apalagi yang menggembirakan penggemar ikan seperti saya ni hahahaha.

Tawau Syurga Seafood Yang Perlu Dikunjungi
Ikan Tuna Di Pasar Ikan Tawau

Pendek kata setiap kali balik Sabah, acara wajib ialah mengunjungi Pasar Ikan Tawau. Selain mencari ikan untuk di makan di rumah SIL, sehari sebelum balik ke KL wajib juga mencari bekalan ikan untuk digoreng dan bawak balik KL. Ini tradisi orang Tawau yang bermastautin di luar. Ada yang bawak balik ikan dan seafood fresh, ada yang bawak balik yang sudah siap di masak. Kalau orang luar yang datang pula biasanya mereka bawak balik udang yang fresh! Haaaa murah beb udang kat Tawau ni...seafood heaven waaa cakap luuu hehe. Tak kurang juga mereka yang membawa balik makanan laut seperti udang dan ketam yang masih mentah. Jangan risau penjual ikan di pasar tu memang ada sediakan kotak yang kedap udara (alaa kotak yang kaler putih tuuu) untuk memudahkan pelanggan mengisi ikan atau produk laut dari pasar tersebut. Siap seal sekeliling kotak, takde bau tau. Alaa sama jugak macam kita beli  ikan terubuk masin di Kuching Sarawak tu lah, peniaga siap-siap bungkus dalam kotak pelbagai size lagi hehehe.

Pasar Ikan Tawau Yang Terkenal Dengan Kesegaran Makanan Lautnya
Pasar Ikan Tawau Yang Terkenal Dengan Kesegaran Makanan Lautnya
Setiap kali kami balik Sabah tak kira lah di Tawau atau balik Semporna, antara makanan berasaskan seafood yang tak pernah miss kami makan ialah udang harimau, ketam, lobster dan ikan laut yang jarang saya makan di KL hahahah. Ini semua memang kegemaran my inche suami. Maklumlah kalau di KL ni udang harimau yang besar mencecah Rm60-80/kg tetapi di Tawau boleh dibeli dengan harga RM40-45/kg. Sudahlah segar, kenyal dan manis lagi isinya. Lobster pulak tak payah cerita lah kan, di Tawau hanya RM80-100/kg (ikut saiz juga), di KL maybe rega yang sama tapi kualiti berbeza. Pernah beli lobster di NSK berharga RM85/kg tapi isinya tidaklah sesedap dan se fresh yang di Tawau. 

Saya tidak dapat membuat food review tentang restoran atau kedai makan yang best di Tawau kerana setiap kali kami balik biasanya kami home cooked. Maklumlah kami menumpang di rumah SIL hehehe. Cuma apa yang boleh saya katakan jika anda berkunjung ke Tawau, belilah udang atau seafood lain fresh untuk di bawa balik. Tidak susah kerana penjual akan memudahkan kerja anda. Cuma khabarkan kepada mereka yang kita nak bawak balik naik flight, tahulah penjual nak buat macam mana heheheh. Dari segi proses tawar menawar harga pula gunakanlah kebijaksanaan memasing untuk menawar harga. Antara penjual ikan yang ada di pasar ikan ni ialah Bugis, Bajau, dan Cina. Lebih mudah kalau belaja rsedikir slang orang Sabah hahahaha. Buleh bah kalao kau. 

Ok jom layan gambar-gambar syurga seafood dari dapur SIL saya hahahahah. Kalau balik Pasir Puteh wajib makan Maggie Ketam, tapi balik Tawau/Semporna ni wajib makan Maggie udang kikiki. 



Lobster Tawau
Lobster Tawau

Udang Harimau RM40/kg, sekilo hanya ada 6-7 ekor je ( besor laa udangnyaaa)
Udang Harimau RM40/kg, sekilo hanya ada 6-7 ekor je ( besor laa udangnyaaa)

Maggie Udang Masak Kasih Sayang. Guna Udang Kertas RM30/kg
Maggie Udang Masak Kasih Sayang. Guna Udang Kertas RM30/kg

Ketam
Ketam 

Freshnya Ketam ini.
Freshnya Ketam ini.

Ikan Tuna Bekalan yang Wajib Dibawa Balik Ke KL
Ikan Tuna Bekalan yang Wajib Dibawa Balik Ke KL

Tuna Yang Ada Dipasar Ikan Tawau
Tuna Yang Ada Dipasar Ikan Tawau



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...