Showing posts with label alfalfa. Show all posts
Showing posts with label alfalfa. Show all posts

Friday, 30 January 2015

Perbezaan Detox Darah, Detox Hati dan Detox Usus Yang Perlu Kita Tahu

Assalamualaikum semua. Kita memang biasa dengar tentang DETOX kan. Bila sebut tentang Detox ramai yang terbayangkan proses membuang air besarkan. Bukan kata anda semua je begitu, saya pun sama. Sebelum ni kalau sebut tentang Detox saya terbayangkan proses membuang air besar. 

APA ITU DETOX?

Detox ialah proses menyingkirkan toksin daripada badan kita. Toksin yang masuk ke dalam badan kita bukan sahaja berkumpul di usus, tetapi ia juga di hati dan dalam darah kita. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Kebanyakkan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Detox penting untuk memberikan kesihatan yang optimum, memberikan fokus dan tenaga semasa bekerja atau beraktiviti. Masalah Detox yang tidak sempurna juga menjadi masalah berat badan. Masalah kulit muka yang berjerawat, dan kulit yang bermasalah juga disebabkan kerana proses detox yang tidak sempurna. Dan jangan tak tahu, nafas berbau juga merupakan petanda bahawa detox badan kita tidak sempurna. Sebenarnya kan, Detox tu bukan sekadar buang air besar. Sebenarnya tidak tepat, kerana detox menyeluruh melibatkan:
  1. Detox Usus
  2. Detox Hati
  3. Detox Darah

Kepentingan Detox Kepada Manusia
Kepentingan Detox Kepada Manusia


1. DETOX DARAH


Pernah tak kita dengar beberapa pemimpin dunia menjalankan rawatan cuci darah untuk mengekalkan kesihatan mereka dan untuk kelihatan sentiasa segar dan bertenaga? Rawatan cuci (detox) darah ialah proses mencuci darah daripada segala toksin yang mencermakan darah kita. Darah yang penuh toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik. Pernah tak kita terfikir, bila kita sering rasa letih dan lesu, ianya adalah petanda darah yang penuh toksin dan perlu detox darah? Toksin yang menyerang sel akan menyebabkan sel tidak dapat cas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita. Saya pernah dengar beberapa pegawai tinggi kerajaan yang pernah bekerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di zaman Tun Mahathir berkata yang Tun menjalani rawatan mencuci (Detox) darah di USA. Tetapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi kalau betul memang patut lah kita tengok Tun masih cergas dan sihat bertenaga pada usia sekarang kan. 

Shaklee juga menawarkan pilihan detox darah yang lebih murah berbanding dengan rawatan cuci darah tu. Perlu diingat, sepatutnya kita detox darah daripada awal yakni semasa kita sihat dan bukan nya setelah kita disahkan mengidap penyakit. Shaklee menawarkan jus merah (wah sedondon pula warna jua ini dengan warna darah kita kan heheh) yang dikenali sebagai Vivix. Vivix bertindak dengan merawat sehingga peringkat sel, dan memberi tenaga kepada sel, jadi inilah penyelesaian yang kita cari. Berkenaan dengan kolestrol, Phytocol membantu menghalang kolestrol melekat di dinding salur darah, sebagai salah satu cara membersihkan salur darah. Alfalfa pula tinggi alkali, yang boleh meneutralkan asid dalam badan akibat pemakanan tidak seimbang, jadi Alfalfa sangat baik untuk membersihkan darah yang tinggi asid/ meng-alkaline kan darah


2. DETOX HATI

Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia. Hati mempunyai fungsi sebagai penapis atau 'filter' kepada segala jenis maknenek benda yang masuk ke badan kita- agent detox . Hati juga merupakan tempat berkumpulnya toksin-toksin serta merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh kita. Antara fungsi hati adalah merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, mengawal paras gula dalam darah dan penting untuk metabolisma lemak.  

Hati Juga Berfungsi Sebagai Agen Detox
Hati Juga Berfungsi Sebagai Agen Detox


Detox hati, antara yang sering juga diabaikan. Ramai yang mengabaikan kerana mereka kurang jelas atau mungkin ambil mudah tentang fungsi hati itu sendiri. Hati secara general adalah seperti tapis yang menadah semua toksin dalam badan. Setiap hari hati akan diserang oleh toksin melalui pemakanan dan persekitaran kita, jadi sangat sangat penting untuk kita cuci hati setiap hari, bagi memastikan ianya boleh terus bekerja dengan baik. Jadi jika kita nak mengamalkan sesuatu supplement, kita pastikan dulu hati kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Kita boleh membantu hati kita menjalankan tugas dengan cara detox hati terlebih dahulu. Bila hati kita sudah detox, sudah bersih, makan tugasnya lebih senang dan dapat menyerap apa jua supplement yang kita makan. Cuba kita bayangkan jika filter kita (hati) ini rosak atau bocor. Bayangkan segala toksin tu akan bersenang lenang masuk tanpa di 'filter' dan apa yang akan terjadi kepada kita nanti? Owhhh ngerinyaaaa. Salah satu aktiviti yang menyebabkan hati mudah rosak ialah tabiat merokok dan meminum minuman keras. Anda boleh baca mengenai bagaimana kerosakan hati di rawat dengan prosuk Shaklee DI SINI

Bila hati tidak detox, kita tidak boleh dapat kebaikan 100% supplement lain yang kita makan. Tegaskan kepada customer, detox hati adalah penting bagi memastikan customer dapat "value for money".



3. DETOX USUS

Detox usus merupakan istilah yang paling sinonim dan paling popular kita dengarkan. Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini. Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Haaa plag ni kita ibaratkan sebagai mendapan yang melekat lekit dalam usus kita.

Usus Yang Dipenuhi Toksin
Usus Yang Dipenuhi Toksin 
Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan. Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Saya dulu memang berhadapan dengan masalah sembelit, dan saya selepas saya konsisten mengamalkan Herblax dan Peppermint Ginger, ianya yang benar- benar membersih dan memberi kelegaan kepada usus, kerana bahan- bahan dalam kedua- dua produk ini memang bertugas untuk membersihkan tangki makanan yang kita sumbat dengan macam- macam benda setiap hari. Ini adalah antara produk Shaklee yang sangat mendapat tempat untuk mereka yang mengalami masalah detox usus. Usus yang tidak detox atau tidak dicuci mengakibatkan buncit dan kegemukan. Opsssss, mak tak rela nyahh heheheh. 

Beza Usus Sihat dan Usus Yang Banyak Toksin
Beza Usus Sihat dan Usus Yang Banyak Toksin

Ramai yang mengambil mudah tentang detox sebenarnya kan. Tapi tahukah kita toksin yang memasuki badan kita jika tidak di singkin kan melalui detox maka ia akan mendatangkan mudarat kepada badan kita. Darah, hati dan usus saling bekerjasama menapis segala toksin yang di makan, yang kita hidu dan sebagainya. Penyakit yang menyerang zaman ini,  banyak datangnya daripada kita sendiri, jika kita sukar nak mengawal pemakanan dan pencemaran, adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan mencuci (detox) hati, darah dan usus kita. Biar kita mencegah daripada mengubati kan. Saya sangat terkesan dengan kesihatan hati, sebab adik saya mengalami masalah usus yang kini berjangkit ke hati dan sepupu saya juga mengidap kanser hati tahap 4. Dan alhamdulillah kedua-duanya mendapat perubahan bila consume produk Shaklee. Walaupun tidak dapat menyembuuhkan penyakit mereka 100% tetapi sekurang-kurangnya pengambilan supplement Shaklee ni dapat membantu mereka merasa lebih sihat, bertenaga dan aktif. Jangan kita tunggu bila sakit baru mahu mencari supplement, sebaliknya amalkan supplement ketika sihat supaya gajala penyakit dapat dijauhkan,


Love
Masliza 012-2965214
SID : 908080
Email : nurmasliza@gmail.com

Saturday, 18 January 2014

Alfalfa Agen Detox Yang Sangat Berkesan

Wahhh terlupa pulak nak update blog tentang business kan. Yelah sekarang ni I busy bebenor melayan karenah Firas. Adui, cepatlah masuk skool anakku sayang hahaha. Ok Januari 2014 shaklee  dimulakan dengan ALFALFA.
Alfalfa sangat digemari oleh peminat supplement Shaklee kerana ianya terdapat dalam hampir semua set shaklee, set menyusu, set kurus, set berpantang, set gout, set senggugut, set cantik, set aihhh bermacam2 lagi lah. 

Alfalfa dikenali dengan nama "agen detox" kerana ia diambil untuk mencuci usus kita. Banyak orang tak tahu bahawa jika usus kotor, tersumbat dan dipenuhi toksin maka penyakit mudah nak datang pada kita. Apa yang kita ambil sepanjang hidup kita? Minyak, lemak, garam, gula semuanya berkumpul dalam usus. Jadi bila usus sendiri ada mendapan toksin, memang mudah lah penyakit nak hinggap kan mak jemah kan....bila usus dah mendap mcm tu mkn supplement pun badan tak boleh nak serap. Kenapa? Dah usus kita tu penuh dengan lapisan kotoran. Nak tahu usus yang tak sihat gini lah yang menyumbang kepada muka berminyak dan berjerawat.


Jadi sempena bulan promosi ALFALFA ni, jom kita detox usus bersama-sama. Saya jatuh cinta dengan shaklee pun sebab nak detox usus saya ni lah hahaahaah. Nanti kita citer lain pulak apakah detik2 pertemuan saya dengan shaklee dan bila cinta saya dengan alfalfa ini mula berputik. Hehehehe



Love
Nur Masliza Muda 012-2966214

Friday, 1 February 2013

Tambah Susu Badan Dengan Vitamin Shaklee

OK petang  ni kita nak story pasal susu ibu. From my experience menyusukan anak sambil bekerja sangatlah mencabar. Apatah lagi kerja yang memang sentiasa berdepan dengan tekanan. Pengeluaran susu ibu akan merudum jika ibu berada dalam beberapa keadaan dan stress adalah satu puncanya.

Pengalaman saya semasa anak pertama untuk menyusukan anak sangatlah perit. Sudahlah tiada ibu yang aboleh guide, my MIL pulak punyalah tak support :-( . Sedih Ok bila tiap kali menyusukan anak MIL selalu cakap cucu dia menanggis kerana susu saya tak cukup..macam-macam perasaan pun ada. Dengan kata lain stress lah..

Masa tu saya langsung tak terdedah dengan vitamin untuk menyusukan anak..Hanya yang tahu time tu fenugreek..itu pun punyalah susah nak mencarik huhuhu. Tapi Allah itu maha adil, maha bijaksana...Niat suci saya untuk menyusukan anak (even tak 100% bf) tercapai sehinggalah usia Muhammad Firas mencapai 12 bulan. Hajat di hati Allah je tahu saya memang nak bf lagi, tapi disebabkan anakanda terchenta tu sangatlah aktif mengigit jadi terpaksa berhenti....hehehehe

Sebenarnya semasa saya menyusukan dulu banyak juga saya meng 'google' supplement utk tambah susu, tapi infonya sangatlah sedikit. Hah sekarang ni type je kat google tips banyakkan susu ibu...tu dia berderet info hehehehehehe. Nak tahu set untuk menambah susu ibu? Memekatkan susu ibu? dan dalam masa yg sama set ni boleh mencantikkan kulit kita? tadaaaaaaaaaaaaaa

Set Menyusu Shaklee
Set Menyusu Shaklee

Nampak mcm banyak jer kan ...Tapi percayalah kesemua vitamin ini SANGAT-SANGAT membantu pengeluaran susu ibu, terutamanya ibu bekerja yang sentiasa mengepam hehehehe (Mcm saya dulu2)...Setiap dua jam saya pam susu utk stok Muhammad Firas....Hasilnya anak saya gebussss hehehehehe (bam bam lah tu hahahah)

Hubungi saya jika ibu ibu ingin menyusukan anak-anak....Sangat berbaloi pelaburan untuk vitamin sebegini kerana hasilnya anak lebih rapat dengan kita..Jimat punsatu hal hehheh

Wednesday, 30 January 2013

Kulit muka cantik dengan produk shaklee :-) :-)

Assalamualaikum

Kali ni akak nak cite pasal kulit muka cantik, gebus, flawless, glowing. Al kisahnya tadik akak pergi membeli stok shaklee yang diorder customer dan kengkawan..Berkenal dengan kawan baru juga member shaklee namanya CTZ (kerja mercy you)...hehehehe.

Akak queue belakang puan ctz ni, letak borang order sambil sembang-sembang, biasalahkan dah namanya pon perempuan hehehe. Then tiba time nak amek barang yang dibeli...antara barangan yang akak beli

***Energy Soy Protein
***Lechitin
***Alfalfa
***GLA
***Advance Join Health Tablet

Sementara nak nunggu nak ambek barang sambung nyembang ngan ctz nih lagik. Ok dah siap amek barang , akak pon pusing belakang. Tup-tup ctz cakap...

"Mas u elok kalau jual kosmetik"
"Hah"akak mcm terbelur kejap
"Taklah kulit muka u cantik, tak de jerawat batu, kalau jual kosmetik mesti laku"
"Hahaha, cantik lah sangat kulit i nih" (padahal dalam hati akak berbunga-bunga)


Exceli, kulit akak ni bukanlah putih melepak,gebus mcm retiss...cuma alhamdulillah takder jerawat batu,parut hitam pun takder. Rahsianya....

Akak amalkan makan alfalfa, tambah dengan minum ESP, ambil GLA complex (utk glowing kulit muka) sablum tido....

So kengkawan yang ada extra duit tu leh lah cuba shaklee collagen powder utk mencantikkan lagi kulit muka...

***Berminat???? Sila hubungi saya Masliza 012-2965214...Harga pastinya saya berikan yang istimewa untuk anda semua.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...