Showing posts with label angin ahmar. Show all posts
Showing posts with label angin ahmar. Show all posts

Tuesday, 1 July 2014

Part 1 : Stroke atau angin ahmar. Bagaimana ianya meragut nyawa insan kesayanganku.

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Datangnya Ramadhan memang menggamamit 1001 kenanangan. Sehingga akhir usia pun Mak Jemah pasti tak akan dapat lupakan Allah menjemput ibu mak jemah selepas azan subuh pd pagi Jumaat, 6 Ramadhan tahun 1998. Sangat sayu dan terluka mengigati saat itu. Apatah lagi pemergian ibu mak jemah tu pada hari yang sepatutnya mak jemah balik ke kampung sempena semester break. Tahun pertama di universiti malaya ibu pergi mengadap Ilahi, paling menyedihkan mak jemah tak sempat bersama dia di saat nyawa nya bercerai dari badan.
Wajah seorang ibu yang sangat dirindui.
Wajah seorang ibu yang sangat dirindui.


Adakah mak jemah sama mcm arwah mak??
Adakah mak jemah sama mcm arwah mak??


Haa cer tgk cer tgk ikut muka saper
Haa cer tgk cer tgk ikut muka saper


Al kisahnya Mi mak jemah ni mendapat serangan darah tinggi sejak mengandungkan Mak Jemah. Tapi Alhamdulillah Mak Jemah lahir secara normal. Dan bermula dari situ lah insan ini sentiasa berbekal kan ubat darah tinggi. Insan ni pernah di serang mild stroke masa kami sekeluarga baru balik ke kampung di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1992. Sebab itu lah mak jemah sangat-sangat mengambil berat tentang darah tinggi dan stroke. Pada mak jemah berhabiskan duit demi kesihatan kita. 

Sampai sekarang bila ada kawan-kawan mengadu orang tua mereka ada darah tinggi atau  penyakit lain yang seangkatan dengannya saya akan 'terlebih prihatin'. Benar ajal maut bila sampai tidak akan lewat atau cepat walaupun sesaat. Namun sebagai manusia kita harus berusaha dan menyayangi kesihatan dan badan yang Allah anugerahkan kepada kita. 

Bila bercakap tentang darah tinggi, stroke memang keluarga mak jemah ramai yang diserang gejala ini. Percaya atau tidak chek (atok), mok (nenek), chik (pakcik) mak jemah meninggal disebabkan stroke yang membawa kepada kematian sudden death. Bak kata orang kelate "kena tu mati terus" (kena ke terus meninggal). Dan Mi mak jemah juga tentunyaaa. Ya Allah Kau tempatkan lah keluarga ku di kalangan hambaMu yang beriman dan berikanlah mereka ganjaran syurga. 



Ini pulak Chik -yg kadet polis tu anak chik aka cousin mak jemah


Dua lagi pakcik mak jemah, pak ngah zul dan pak Udi di serang juga diserang mild stroke yang melumpuhkan keupayaan mereka tetapi tidak lumpuh. MIL mak jemah pun diserang stroke kini bed ridden kata ompoteh atau dgn kata lain nya lumpuh. bila darah terlalu tinggi kebarangkalian stroke dan perdarahan dalam otak sangat tinggi. 

Apakah stroke??atau angin ahmar ni???


Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota badannya.

Apakah gejala strok/angin ahmar?

Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
Sukar menelan
Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
Nasihat amalan pemakanan sihat (pemakanan yang kurang lemak, banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambahan vitamins atau supplements)

Haaaaa nampak tak bagaimana bahayanya stroke atau angin ahmar ni...
Terlalu panjang pulak entry mak jemah kali ni. Ok lah mak jemah sambung part 2 pulak untuk menceritakan bagaimana produk Shaklee mambantu pesakit stroke atau bantu kita elakkan stroke daripada terjadi.

Love 
Nur Masliza 012-2965214


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...