Showing posts with label dtx. Show all posts
Showing posts with label dtx. Show all posts

Friday, 30 January 2015

Perbezaan Detox Darah, Detox Hati dan Detox Usus Yang Perlu Kita Tahu

Assalamualaikum semua. Kita memang biasa dengar tentang DETOX kan. Bila sebut tentang Detox ramai yang terbayangkan proses membuang air besarkan. Bukan kata anda semua je begitu, saya pun sama. Sebelum ni kalau sebut tentang Detox saya terbayangkan proses membuang air besar. 

APA ITU DETOX?

Detox ialah proses menyingkirkan toksin daripada badan kita. Toksin yang masuk ke dalam badan kita bukan sahaja berkumpul di usus, tetapi ia juga di hati dan dalam darah kita. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Kebanyakkan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Detox penting untuk memberikan kesihatan yang optimum, memberikan fokus dan tenaga semasa bekerja atau beraktiviti. Masalah Detox yang tidak sempurna juga menjadi masalah berat badan. Masalah kulit muka yang berjerawat, dan kulit yang bermasalah juga disebabkan kerana proses detox yang tidak sempurna. Dan jangan tak tahu, nafas berbau juga merupakan petanda bahawa detox badan kita tidak sempurna. Sebenarnya kan, Detox tu bukan sekadar buang air besar. Sebenarnya tidak tepat, kerana detox menyeluruh melibatkan:
  1. Detox Usus
  2. Detox Hati
  3. Detox Darah

Kepentingan Detox Kepada Manusia
Kepentingan Detox Kepada Manusia


1. DETOX DARAH


Pernah tak kita dengar beberapa pemimpin dunia menjalankan rawatan cuci darah untuk mengekalkan kesihatan mereka dan untuk kelihatan sentiasa segar dan bertenaga? Rawatan cuci (detox) darah ialah proses mencuci darah daripada segala toksin yang mencermakan darah kita. Darah yang penuh toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik. Pernah tak kita terfikir, bila kita sering rasa letih dan lesu, ianya adalah petanda darah yang penuh toksin dan perlu detox darah? Toksin yang menyerang sel akan menyebabkan sel tidak dapat cas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita. Saya pernah dengar beberapa pegawai tinggi kerajaan yang pernah bekerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di zaman Tun Mahathir berkata yang Tun menjalani rawatan mencuci (Detox) darah di USA. Tetapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi kalau betul memang patut lah kita tengok Tun masih cergas dan sihat bertenaga pada usia sekarang kan. 

Shaklee juga menawarkan pilihan detox darah yang lebih murah berbanding dengan rawatan cuci darah tu. Perlu diingat, sepatutnya kita detox darah daripada awal yakni semasa kita sihat dan bukan nya setelah kita disahkan mengidap penyakit. Shaklee menawarkan jus merah (wah sedondon pula warna jua ini dengan warna darah kita kan heheh) yang dikenali sebagai Vivix. Vivix bertindak dengan merawat sehingga peringkat sel, dan memberi tenaga kepada sel, jadi inilah penyelesaian yang kita cari. Berkenaan dengan kolestrol, Phytocol membantu menghalang kolestrol melekat di dinding salur darah, sebagai salah satu cara membersihkan salur darah. Alfalfa pula tinggi alkali, yang boleh meneutralkan asid dalam badan akibat pemakanan tidak seimbang, jadi Alfalfa sangat baik untuk membersihkan darah yang tinggi asid/ meng-alkaline kan darah


2. DETOX HATI

Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia. Hati mempunyai fungsi sebagai penapis atau 'filter' kepada segala jenis maknenek benda yang masuk ke badan kita- agent detox . Hati juga merupakan tempat berkumpulnya toksin-toksin serta merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh kita. Antara fungsi hati adalah merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, mengawal paras gula dalam darah dan penting untuk metabolisma lemak.  

Hati Juga Berfungsi Sebagai Agen Detox
Hati Juga Berfungsi Sebagai Agen Detox


Detox hati, antara yang sering juga diabaikan. Ramai yang mengabaikan kerana mereka kurang jelas atau mungkin ambil mudah tentang fungsi hati itu sendiri. Hati secara general adalah seperti tapis yang menadah semua toksin dalam badan. Setiap hari hati akan diserang oleh toksin melalui pemakanan dan persekitaran kita, jadi sangat sangat penting untuk kita cuci hati setiap hari, bagi memastikan ianya boleh terus bekerja dengan baik. Jadi jika kita nak mengamalkan sesuatu supplement, kita pastikan dulu hati kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Kita boleh membantu hati kita menjalankan tugas dengan cara detox hati terlebih dahulu. Bila hati kita sudah detox, sudah bersih, makan tugasnya lebih senang dan dapat menyerap apa jua supplement yang kita makan. Cuba kita bayangkan jika filter kita (hati) ini rosak atau bocor. Bayangkan segala toksin tu akan bersenang lenang masuk tanpa di 'filter' dan apa yang akan terjadi kepada kita nanti? Owhhh ngerinyaaaa. Salah satu aktiviti yang menyebabkan hati mudah rosak ialah tabiat merokok dan meminum minuman keras. Anda boleh baca mengenai bagaimana kerosakan hati di rawat dengan prosuk Shaklee DI SINI

Bila hati tidak detox, kita tidak boleh dapat kebaikan 100% supplement lain yang kita makan. Tegaskan kepada customer, detox hati adalah penting bagi memastikan customer dapat "value for money".



3. DETOX USUS

Detox usus merupakan istilah yang paling sinonim dan paling popular kita dengarkan. Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini. Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Haaa plag ni kita ibaratkan sebagai mendapan yang melekat lekit dalam usus kita.

Usus Yang Dipenuhi Toksin
Usus Yang Dipenuhi Toksin 
Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan. Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Saya dulu memang berhadapan dengan masalah sembelit, dan saya selepas saya konsisten mengamalkan Herblax dan Peppermint Ginger, ianya yang benar- benar membersih dan memberi kelegaan kepada usus, kerana bahan- bahan dalam kedua- dua produk ini memang bertugas untuk membersihkan tangki makanan yang kita sumbat dengan macam- macam benda setiap hari. Ini adalah antara produk Shaklee yang sangat mendapat tempat untuk mereka yang mengalami masalah detox usus. Usus yang tidak detox atau tidak dicuci mengakibatkan buncit dan kegemukan. Opsssss, mak tak rela nyahh heheheh. 

Beza Usus Sihat dan Usus Yang Banyak Toksin
Beza Usus Sihat dan Usus Yang Banyak Toksin

Ramai yang mengambil mudah tentang detox sebenarnya kan. Tapi tahukah kita toksin yang memasuki badan kita jika tidak di singkin kan melalui detox maka ia akan mendatangkan mudarat kepada badan kita. Darah, hati dan usus saling bekerjasama menapis segala toksin yang di makan, yang kita hidu dan sebagainya. Penyakit yang menyerang zaman ini,  banyak datangnya daripada kita sendiri, jika kita sukar nak mengawal pemakanan dan pencemaran, adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan mencuci (detox) hati, darah dan usus kita. Biar kita mencegah daripada mengubati kan. Saya sangat terkesan dengan kesihatan hati, sebab adik saya mengalami masalah usus yang kini berjangkit ke hati dan sepupu saya juga mengidap kanser hati tahap 4. Dan alhamdulillah kedua-duanya mendapat perubahan bila consume produk Shaklee. Walaupun tidak dapat menyembuuhkan penyakit mereka 100% tetapi sekurang-kurangnya pengambilan supplement Shaklee ni dapat membantu mereka merasa lebih sihat, bertenaga dan aktif. Jangan kita tunggu bila sakit baru mahu mencari supplement, sebaliknya amalkan supplement ketika sihat supaya gajala penyakit dapat dijauhkan,


Love
Masliza 012-2965214
SID : 908080
Email : nurmasliza@gmail.com

Thursday, 27 March 2014

Kurus dengan Shaklee

Bila sebut tentang berat badan, tentu ada yang berdebor hatinya. Orang perempuan lebih concern tentang berat badan, memang sangat diakui. Saya sendiri pun begitu...kalau tidak masalah ada wanita yang sanggup menjalankan rawatan sedut lemak, bekukan lemak, malah gunakan homone untuk kurus (HCG diet).

Saya sendiri mengalami masalah pertambahan berat badan yang melampau sepanjang kehamilan. Dan berat yang sangatlah susah nak turun selepas bersalin. Tambahan pula kesukaran mendapatkan makanan yang seimbang. Tahu ajelah kan bila dah tekak melayu ni takleh lari daripada nasi lemak, segala mcm bubur, ayam masak merah semua tu...

Setahun lepas saya berkecimpung dengan Shaklee, dah namanya bisness Shaklee harusss lah gunakan produk shaklee kan hahaha. Satu yang saya suka tentang produk untuk inch loss Shaklee ialah penurunan berat badan yang tidak berlaku secara mendadak dan tiada kesan yoyo. Makan supplement tu hanya untuk membantu proses penurunan berat dan nyah lelemak dlm badan, tetapi yang paling penting ialah menjaga pemakanan sendiri. Melalui pengalaman saya, walaupun saya makan supplement utk bakar lemak tetapi saya tak control makan, maksudnya makan main belasah je..masak lemak, nasi daganh dan segala mak nenek tuuu semua saya sebattt๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ. 

Hanya sejak Januari 2014 saya mula ubah corak pemakanan dan saya hadkan pengambilan kalori kepada bawah 1000kalori sehari. Makan apa je yang 1000kalori??? Ehh boleh sangat tau nak 1000kalori tuuu. Tinggalkan nasi lemak, teh tarik, roti canai, segala makanan bergoreng dan masakaj berlemak. Larat ke saya bertahan??? Laaa kan ada multivitamin Shaklee-VITALEA tuuu, itu utk kaver keperluan vitamin harian saya. Selain itu saya lebihkan makan sayuran hijau. Haaa meh tgk menu sihat saya
Menu Sihat Untuk Kurus dan Diet
Menu Sihat Untuk Kurus dan Diet
Haaa nampak takkk semua nya makanan rendah kalori...dah tuu berwarna warni lagi...ini hanya contoh menu saya saja. Jadual makan??? Haaa meh saya kongsikan

Breakfast
-alfalfa sebaik sahaja bangkit tidoq uolss 
-2scoop cinch shake (less than 200 caleries)
-omega, lechitin, vitalea
-air putih/air mineral 500ml

Tea time
-cinch tea/green tea tanpa gula
-sebijik oren 

Lunch
-sayur rebus dengan ayam tanpa kulit (ambil bahagian dada)  (less than 200 calories)
-cinch tea/green tea tanpa gula
-omega, lechitin, dtx complex

Tea time
-cinch tea/green tea tanpa gula 500ml

Dinner
-cinch shake (less than 200calories)
-cinch tea/green tea tanpa gula 500ml
-omega,lechitin

Selain itu mmg saya sangat2 kurangkan ambil nasi/carb setiap hari dan lebihkan makan sayur dan buah buahan yang high anti oxcidant. Senaman tu sekali sekala bila free (alas an je kan) hahahaha.

Kurus Dengan Shaklee
Kurus Dengan Shaklee
Nampak tak vitamin saya tu? Heheheh dah nak cantik dan sihat kannnn harusss lah makan supplement. Kenapa saya ambil omega dan lechitin sekaligus?? Haaa sebab lemak saya ni jenis DEGIL kehkehkeh...
Kurus Dengan Shaklee
Kurus Dengan Shaklee


Reason kenapa saya amalkan mkn sayur lebih ialah kerana rendah lemak dan rendah kalori serta TIADA KOLESTROL. 

Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus
Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus

Selain itu saya juga amalkan meminum air putih yang dicampurkan dengan lemon. Kalau minum sejuk2 lagi laaaa best. Uols tak caya boleh cuba...
Air Yang Mencukupi Bantu Detox Badan Untuk Proses Kurus
Air Yang Mencukupi Bantu Detox Badan Untuk Proses Kurus

Alhamdulillah walaupun berat saya hanya turun hanya beberapa kg setakat ini, namun ramai kawan2 ckp saya dah shrink sikit miahahahaha. Itu pun saya kengkadang makan nasi jugak, cuma dlm kuantiti yang sangat sedikit. Orang malaysia kot kan, lidah melayu sikit pun nakkk jugak makan nasi hehehe. Tapi tips saya elakkan makan nasi or any carb utk diner. 

Ok setakat ini sahajalah tips nak kurus dengan shaklee yang dapat saya kongsikan dengan anda. Ini experiment pada diri sendiri dan tiada kaitan dengan orang lain heheh. Feel free untuk wa/sms 012-2965214 untuk dapatkan produk  Shaklee dan tips mengenainya. Dah saya ni SID Shaklee haruslah guna produk Shaklee kan. 

Nur Masliza 012-2965214

Tuesday, 4 February 2014

Rawat Kerosakan Hati Akibat Merokok

Baru-baru ni adik saya Hidayat dimasukkan ke hospital. Sebagai seorang kakak sulung sangat terasa sedihnya. Tapi bukan lah kesedihan itu yang saya nak ceritakan di sini, tapi nak cerita tentang pentingnya kita menjaga kesihatan.

Adikku Hidayat ni memang  jarang sangat demam atau sakit. Dia ni merupakan seorang perokok tegar. Dia curik2 hisap rokok sejak sekolah rendah lagi. Memang dia ni anak yang ketegaq kata orang. Adik beradik yang paling degil aku rasa. Tahu ajelah kalau dah perokok tegar ni, ditambah pula dengan tabiat buruk pemakanan dia yang mmg suka makan berminyak berlemak dan paling best bila lepas makan tu tidoq mcm ular sawaaaa.

Dia di masukkan ke hospital sebab muntah dan berak berdarah. Sampai sekarang pun doktor tak tahu apa penyakit dia. Memula melawat dia ke hospital alahaiii kesian nya tgk dia, muka pucat lesi, nampak pulak dia darah yang tergantung kat katil dia. Bukan itu saja, platlet pun kena masukkan dalam badan dia. Masyaallah sedihnya. Tuhan je yang tahu masa tu sebab takut dia mengalami KEROSAKAN HATI sebab dia perokok tegar. Suzie adikku pun tak percaya sampai serius sekali keadaannya. Bila diberitahu punca muntah dan berak berdarah adalah disebabkan saluran makanan dia di lehernya koyak sebab makanan tersangkut si situ. Puncanya sebab lepas mkn dia tidor. Saluran usus pun ada koyak sikit kata doktor, tgk betapa susahnya hidup akibat tabiat pemakanan kita. Ok rasa lega sikit bila tahu masalah usus, tapi bila diberitahu kemungkinan hati dia mengalami masalah kami mula rasa berdebor-debor sekali lagi. 
Haaa inilah ghoper orangnya, ewahh senyum nampak...padahal, padahal. Hihi.
Tak sangka punca muntah darah hanya kerana makanan tersangkut dan kerana dia perokok tegar. Memang hasil scan hati dia menunjukkan hati nya hitam...haa apalagi kesan daripada asap rokok lah tu. Jadi ingatkan lah orang tersayang anda ayah, suami, adik atau kawan2 mengenai bahayanya merokok dan pentingnya menjaga kesihatan.

Bila dah keadaan mcm gini, saya suggestkan vivix, dtx, dan ostemetrix untuk adik aku ni. Vivix mampu mengurangkan ketagihan merokok dan menyembukan luka (sudah terbukti pd adik ipar saya yg luka operate dia cpt sembuh), dtx pula untuk mencuci hati dan mengurangkan risiko hati dia makin rosak. Ostemetrix pula supaya pembuangan air besar aka berak lancar.

Anda diluar sana pun boleh mencuba produk shaklee ni. Produk ni memang bagus dan berkesan sebab tu saya share disini.


**Nur Masliza 012-2965214
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...