Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, 8 February 2016

Firas Mula Belajar Tidur Dibilik Sendiri - Part 1

Buat pertama kalinya, malam ni Firas tidur di bilik sendiri! Dan malam ini juha saya merasai sendiri naluri keibuan yang sangat luar biasa. Pertama kali ajar anak tidur di bilik sendiri. Walaupun sebelum ni saya beriya-iya menyuruh dia tidur di bilik sendiri, tapi malam ni bila dia tertidur di bilik tu Allah saja lah yang tahu perasaan saya.

Tak sampai hati, sedih, risau dan takut bercampur baur. Rasa beratnya nak melepaskan dia tidur di bilik sebelah tu. Padahal sebelah bilik aje pun. Itupun dia tidur pintu bilik di bukak, malah pintu bilik saya pun tak ditutup rapat. Yelah, Firas pun masih dalam proses menyesuaikan diri, baru belajar tak tidur berpeluk dengan mommy risau lah kot-kot memalam nanti dia menanggis carik mommy kan hahaha. Masa ni lah saya terfikir akan perasaan ibu-ibu yang melepaskan anak mereka ke asrama atau melanjutkan pengajian ke mana-mana. Pendek kata anak jauh dari mata, tentulah risaukan. Yang saya ni baru nak ajar anak tidur bilik berasingan pun dah sedih sayu pilu! Ajaibnya kan naluri keibuan, kasih sayang tanpa sempadan!


Nampaknya Firas dah tunaikan promise dia nak tidur bilik sendiri bila dah 5 years old. Dari tahun lepas lagi saya dah cakap dengan dia yang bila dia dah 5 years old kena tidur bilik sendiri. Masa tu dia memang cakap ok, promise. Heheeh. Tapi baru-baru ni meragam juga lah bila disuruh tidur sendiri hahaha.

Firas Bersama Kek Birthday Yang Ke- 5 Tahun
Firas Bersama Kek Birthday Yang Ke- 5 Tahun

Tapi lately ni mommy rasa tak selesa sangat tidur bertiga walhal katil dah size King ni bahaha. Maklumlah perut mommy dah makij besar, nak bangun pun kena amek ruang hahaha. Jadi nak tak nak mommy terpaksalah pujuk Firas tidur bilik sendiri. Dan perancangan Allah itu hadir tak pernah lewat atau awal, ia nya hadir tepat pada masanya. Kali ni mudah pula memujuk Firas, sekali cakap je dia terus bersetuju. Syabas anak syurga mommy! Nampaknya Firas dah ready nak jadi abang hehehe.




Belajar Tidur Sendiri Dah
Belajar Tidur Sendiri Dah

Ini baru nak asingkan bilik tidur anak, macam manalah nanti nak lepaskan anak ke asrama, nak pergi belajar jauh, nak kawen nanti yer. Huhuhu rasanya tak sanggup nak berpisah dengan anak. Begitulah hebatnya kasih sayang ibu. Macam tu jugalah kan perasaan ibu kita dulu-dulu. Fasa demi fasa ibu kita dulu sedang kita lalui. Dulu kita anak, sekarang kita ibu yang ada anak. Nah rasakan pula bagaimana membesarkan anak-anak hehehe. Moga Allah memberikan kita semua memudahkan dan menjadikan kita ibu yang hebat. Kasih sayang ibu yang sejati, naluri ibu yang hebat membawa ke syurga!





Monday, 27 July 2015

Lebuh Raya Timur Barat dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Alternatif Elakkan Jem Balik Beraya Ke Kelantan


Alhamdulillah, sudah melalui bulan Ramadhan tahun ni dengan sebaiknya. Jujur saya akui, saya suka bulan Ramadhan, bulan yang sentiasa membantu saya menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya. Banyak kenikmatan bulan mulia pada saya. Ok lah kali ni nak share sikit pasal perjalanan balik kampung. Kalau sebelum ni perjalanan balik kampung saya juga sama seperti anak Kelantan di KL, iaitu melalui Gua Musang. Sejak zaman berzaman balik ke Kelantan melalui Gua Musang. Dan....seperti biasa, semua orang Malaysia ni tahu dan sedar perjalanan balik kg orang Pantai Timur akan memakan masa berbelas-belas jam menjelang hari raya. Baca pengalaman jem balik kampung ke Kelantan DI SINI.

Tak kiralah raya kita orang Islam atau perayaan kaum lain di Malaysia ni. Saya sendiri pernah merasai perjalanan balik kampung ke Kelantan 10-13 jam haaaa tu diaa. Dedulu drive sendiri sorang-sorang bawak Kancil 850 MANUAL tau. Memang menanggisss lutut hahaah. Memang sampai kampung lutut menggigil. Serius memang tak tipu wooo. Dulu zaman anak dara apa ada hal drive sorang berbelas jam pun kan, seronok pun ada walaupun stress jem tak bergerak-gerak hahaah. Itu zaman 20-an. Hehehe. Bila dah kerja up grade sikit PERSONA AUTOMATIK. Haa lega sikit kan. Tapi bila perjalanan 20-30km/j memang sakit hati sakit lutut jugal dibuatnya hehe. Memang sesiapa anak Pantai Timur sudah lali dengan tempoh perjalanan berbelas-belas jam setiap kali ada cuti perayaan ni. Itu pengalaman tahun-tahun sudah saya. Entah kenapa tak pernah tergerak hati nak balik kelantan melalui Terengganu (dulu takde lagi LPT) so perjalanan jauh kononnya. Hehehe.

Nak dijadikan cerita tahun ni saya nak tolong adik perempuan yang baru ambil anak angkat baru berusia beberapa hari balik beraya. Yelah, dia sorang2 mana lah boleh bawak baby dalam pantang balik kampung kan. Mana nak drive, mana nak tengokkan baby. So kami pun ambil keputusan balik ikut Perak melalui Gerik. 1st kami tinggalkan Kuala Lumpur 2 hari sebelum raya (hari rabu 15/7/15), menuju ke rumah adik di Kuala Kangsar. Dan pada hari yang sama saya dapat update melalui fb jalan menuju ke Pantai Timur memang dah 'meriah' dengan jem. Kawan bertolak 3 pagi dari Kl sampai ke kelantan 3 petang esok nya haaaa bayangkan itu baru hari rabu tu heheh. Ok berbalik pada kisah kami dari KL ke Perak. Kami keluar rumah jam 730am dan sampai ke Kuala Kangsar jam 11.45am. Boleh dikatakan takde lah jem macam lalu ikut Gua Musang tu. Driver pun tak stress! So rest dulu kat Kuala Kangsar. Esoknya baru kami bertolak ke Kelantan. Kami bertolak lepas adik saya habis kerja lebih kurang jam 145 kami bergerak. Hanya berhenti sekali je solat jamak Zuhur dan Asar di Jeli. Kami sampai Pasir Puteh jam 615 petang. Memang takde jem langsung. 




Muhammad Saifuddin Pun Selesa Balik Ikut Gerik Takde Jem Katanya
Muhammad Saifuddin Pun Selesa Balik Ikut Gerik Takde Jem Katanya



 Kuala Kangsar-Gerik-Jeli- Tanah Merah
 Kuala Kangsar-Gerik-Jeli- Tanah Merah


Lebuh Raya Timur Barat
Lebuh Raya Timur Barat


Tasik Banding di Perak Merentasi Perjalanan Ke Kelantan Melalui Lebuh Raya Timur Barat
Tasik Banding di Perak Merentasi Perjalanan Ke Kelantan Melalui Lebuh Raya Timur Barat

Diulang sekali lagi takde jem langsung. Driver pun takdelah drive lelaju sebab ada baby kan. Perjalanan makan masa lebih kurang 5 jam. Kalau campur kan dari KL-kuala kangsar (4 jam), kuala kangsar-pasir puteh (5 jam) baru 9 jam. Jalan takde jem. Memang berbaloi lah bayar tol Kl-KK RM30 tu. hehehe. 9 jam memandu tanpa jem dengan 12-14 jam dalam jem memanh jauh berbeza. Hehe.

Nampak Terowong Ni Maksudnya Dah Nak Masuk Sempadan Kelantan Da
Nampak Terowong Ni Maksudnya Dah Nak Masuk Sempadan Kelantan Da



Bila sampai kampung makcik cakap dia dari KL-PP semalam (rabu) 15 jam perjalanan. Terus lepas berbuka aka malam raya tu makcik mintak saya 4 biji ostematrix sebab nak hilangkan lenguh badan dia lama dalam keta. Senyum jeee kami, sebab tahun ni tak perlu melalui jem tu. Dan yang penting supplement Shaklee memang membantu urat dan badan tanpa rasa lenguh dan sakit. Jujur saya cakap, hanya orang yang pernah merasai 'pesta jem balik kampung' je tahu macam mana rasanya.


Bila balik KL pula kami ambil keputusan balik ikut Terengganu. Kami pilih perjalanan santai melalui jalan pantai dari PP. Sekali lagi pilihan kami tepat sebab ikut Terengganu pun langsung tak jem padahal dalam masa yang sama kawan-kawan nak ke KL terpaksa sekali lagi menempuh jem. Saya lebih rela memilih jalan bertol melalui LPT (lebuh raya pantai timur). Biarlah perjalanan jauh sikit pun, sebab jika dah terperangkap dalam jem berbelas jam jugak. Kalau pilih laluan LPT dalam 8-9 jam baik lah pilih laluan LPT kan.


Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)



LPT 2 bermula dari Terengganu ke Pahang. Ianya dari Gemuroh-Kemaman-Jabor, dan laluan ni memang clear, jalan pun lurus je. Dan saya fikir itulah sebab banyak kemalangan berlaku, sebab boleh drive lalaju. So far tiada lagi tol dikenakan untuk LPT fasa 2 ni. Hanya di LPT fasa 1 (Kuantan-Karak je ada tol lebih kurang 19.80 kot). Exit di Jabor, masuk Kuantan pehtu masuk tol LPT1 pulak heheh. Jangan risau kat LPT 2 tu pun ada gak R&R dan hentian untuk kita berehat.



R&R Dan Hentian Sebelah Juga Ada di LPT2
R&R Dan Hentian Sebelah Juga Ada di LPT2



Saujana Mata Memandang Laluan LPT2
Saujana Mata Memandang Laluan LPT2

Perjalanan smooth je tanpa jem. Sampailah ke tol gombak. Nak elak jem di tol Gombak dinasihatkan bergerak awal hehe.

Sebenarnya kita ada banyak pilihan jika nak elakkan jem ni. Biasanya jem kalau nak ke KL jem teruk akan bermula dari Machang, Kuala Kria. Dan kalau dari KL ke Kelantan jem bermula dari tol Gombak, Bentong, Raub sampailah Kuala Lipis. Sebab jalan kecil. Personally pada saya jika kita taknak stress apa salahnya kita allocate sedikit wang untuk bayar tol dan pilih laluan lain selain dari Gua Musang. Pada saya dan keluarga untuk musim perayaan akan datang kami sepakat untuk tidak lagi melalui Gua Musang di waktu puncak hehehe. Tak cuba kita tak tahu kan. Hehehe. Sudah lah stress jem teruk, badan sakit-sakit. Itu belum masuk bab anak muntah anak berak lagi kan huhu. Orang cakap biar lah berhabis bayar tol asalkan tak sakit badan dan tak stress hehehe. Alhamdulillah perjalan pergi dan balik kampung kami sekeluarga selamat. Syukur pasa Allah melindungi perjalanan kami.


Thursday, 2 July 2015

Bagaimana Saya Berjaya Pisahkan Gajet Daripada Anak

Assalamualaikum. Hari Sabtu lepas saya bersembang seorang hamba Allah, seorang wanita dan ibu kepada 2 anak lelaki, dan 2 anak perempuan yang sama-sama berbuka di laman Masjid Putrajaya. Seorang ibu yang kagum melihat anak saya langsung tidak endahkan ipad atau iphone saya. Firas memang enjoy berlari ke sana ke mari atas rumput yang menghijau kat situ. Sedangkan keempat-empat anak wanita tu asyik mengadap ipad dan iphone ibu bapa mereka. Yang pasti saya sayur sayup dengar mereka tengok kartun boboiboy dan si kakak tengok cerita indonesia. Siap meniarap atas tikar tengok ipad. Mungkin dia hairan melihat Firas langsung tak endahkan ipad papa dia dan tak 'hadap' pun dgn phone saya.  Memang budak-budak guna gajet ni untuk tengok kartun atau tengok cerita kegemaran mereka je. 


Firas


Tak sangka pula wanita tersebut duduk di sebelah saya masa kami sama-sama solat Maghrib. Lalu wanita tu tanya saya

'Puan, maaf ye nak tanya anak puan tadi yang berlari-lari yang baca doa bukak puasa tadi tu umur berapa?'

Dia mungkin terdengar Firas baca doa bukak puasa dan doa makan dengan kuat masa kami berbuka tadi hehehe.

'Ohh anak saya dah 4 tahun puan. Kenapa yer'.

'Ohh baru 4 tahun, samalah dengan usia anak saya yang no 3 tu. Bagus anak puan tak hirau pun dengan gajet. Anak-anak saya tengok lah bukak puasa pun ipad dok sebelah. Sampai bawak ke tempat tidur lah'.
Saya tersenyum dan menjawab 'biasalah budak-budak'. Saya rasa masalah kegilaan gajet dikalangan kanak-kanak ni dah jadi masalah ibu bapa lain. Dulu saya pun hadapi benda yang sama. Tapi bila nampak Firas dah mula tak berenggang dengan ipad, saya perlu bertindak. Rasa terpanggil pula untuk berkongsi bagaimana saya berjaya menghapuskan 'ketagihan' menggunakan ipad daripada anak saya. 


Memang semua ibu bapa sayangkan anak. Kata pepatah 'sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan'. Gitulah cara saya. Bukan bermakna saya memukul anak, tetapi saya gunakan kuasa VETO sebagai ibu untuk membuatkan dia ikut pada arahan saya. Mula-mula saya nasihat dan bercakap dengan dia, biasalah dah namanya pun budak tentulah dia jeee yang nak menang. Tambah pulak anak sorang baru kan. Lepas dah nasihat pun tak jalan, maka saya mula gunakan kuasa VETO. Saya cakap ini ipad mommy, bukan ipad Firas. Memang dia menanggis, tapi saya cakap No, No, No. Memang pada orang lain nampak cam kejam jee kan tak kasi anak temgok ipad. Tapi pada saya, kita ibu bapa dia, dia kena dengar cakap kita. Kita melarang sebab nakkan yang terbaik untuk dia. Saya lebih rela dia tunggu kartun kat tv dari berkepit dengan ipad. 

Oo berbalik kepada kisah tadi, sehari dua dia memang akan merengek dan meminta ipad. Tapi saya memang keras hati. Jawapan saya tetap NO, NO, NO. Bila dia menanggis kuat-kuat saya ugut dia tak nak love dia lagi. Lama ke lamaan, dia mengalah. Tak mintak nak tengok ipad lagi dah. Kalau dia pegang ipad papa dia pun saya akan jegil mata dan bersuara remind dia balik. Cengeyyy ke? Bukan cengey tapi saya sayangkan anak saya. Saya tak mahu dia rosak kerana gajet. Biar lah kita menanggis dan berkeras sekarang, mencegah lebih baik dari mengubati. 


Dalam hal ini suami sangat support saya. Bila saya cakap jangan kasi ipad, dia memang bekerjasama. Hasilnya sekarang anak saya Firas memang tak hiraukan gajet dah. Cuma sekarang dia akan ambil phone saya untuk ambil gambar bebanyak hehehe. Bila berjalan jauh saya memang tak ajar anak saya tengok ipad. Biarlah dia tengok dvd kisah 25 rasul atau kartun upin ipin dalam kereta. 

Sebenarnya takde masalah untuk pisahkan anak dengan gajet. Cuma ibu bapa harus berhati kering, hadap kerenah anak. Mengamuk, menanggis, meraung sehari dua tu kena tahan lah. Kita kan ibu bapa kenapa lah nak mengalah dengan mereka. Sesekali bertegas, anak memang kecut perut. Pada saya kita yang dewasa jangan terlalu ikutkan sangat keinginan anak-anak. Apa salahnya kita tak ikut keinginan mereka jika itu untuk kebaikan mereka? Kan? 

Kalau saya mampu buat, rasanya orang lain pun mampu juga. Tak cuba kita tak tahu. Selain tu, setiap kali nak tidur doakan semoga anak kita lembut hatinya. 

Monday, 22 June 2015

Resipi Portugis Grill Pasti Sedap dan Menawan Selera

Bismillahhirrahmanirrahim. Hari ni rasa nak share resipi lagi lah hehehe. Haaa tu diaa, resipi lagi kan, maklumlah bulan puasaaaaa. 

Ok kali ni nak kasi resipi Portugis Grill pulak. Sebut Portugis Grill ni sesapa yang biasa ke Mid Valey pasti kenal tempat makan Oasis dalam tu kan. Ya Allah sedap nyaaaaa Portugis Grill ni uolls. Seingat saya sejak dari zaman saya belajar Master kat UM lagi saya dok ulang makan Portugis Grill ni, dari tempat tu dok tingkat 3 sampai lah pindah ke tingkat 2 kot sekarang ni hehehe. Kiranya tempat wajib pergi lepas tgk movie dengan Azura dedulu. Dari zaman anak dara, dan sekarang dah kawen pun hampir 6 tahun masih exist tau tempat ittuuuu. Pendek kata walaupun sudah bertahun-tahun rasa Portugis Grill kat kedai tu tetap sama...pekerjanya pun masih yang lama. Pergh nampak sangat kan kaki pergi situ. Ok meh sini nak kasi resipi sikit.


Bahan-bahan

2 labu bawang  besar **
10 ulas bawang merah **
1 labu bawang putih **
3 batang serai **
Halia **
Lengkuas **
2 gengam udang kering  **
1 inci belacan **
5 sudu minyak zaiton untuk menumis
1/4 cawan air asam jawa
Garam
Gula
Serbuk perasa
daun limau purut - hiris halus
1 paket 250g gili giling(nak pedas tambahkan cili kecil bebenyak)
Setengah cawan air
Bendi/petai untuk hiasan
Aluminum Foil (Wajib wah hahaha)


Caranya

Blend semua bahan bertanda **. Panaskan minyak zaiton dan tuang semua bahan blend tadi bersama. Tumis hingga naik bau dan kekuningan kemudian masukkan cili giling tadi. 
Kacau dan tumis hingga mendidih. Kemudian masukkan air asam jawa , garam. gula, serbuk perasa dan sedikit air jika ianya terlalu pekat. 
Kacau lagi hingga adunan betul-betul pekat dan naik bau. 
Kemudian taburlah daun limau purut. Rasa lah sesedap mulut nak pedas ke nak masam ke nak manis ke hehehe. (Serius bau nya wangi semerbak bila masak)

Bila dah masak tunggu sejuk dan bolehlah di sapukan pada ikan. Boleh gunakan sebarang ikan yang kita suka. Ada orang alaskan daun pisang dahulu dalam aluminium foil sebelum bakar.
Tetapi saya takde daun pisang, so main hamtam sajalaaaa, terus letak ikan tu dalam aluminum foil. Taburkan dengan bendi atau petai atau apa je sayur yang anda suka.
Lepas tu balut lah ikan kita sesedap dan semuatnya hehehe. Dan boleh lah dibakar. 
Masa untuk ikan masak dalam 10-15 minit bergantung pada saiz dan jenis ikan.
Nak lagi sedap sebelum makan tu perahkan asam limau dulu perghhh makan dengan nasi panas, confirm bertambah-tambah hehehehe

P/S : Boleh juga gunakan rempah ini untuk bakar sotong, udang dan ayam juga.

Tumis semua bahan blend
Tumis semua bahan blend 

Rempah Portugis Grill - Pekat dan Aromanya Wangi Bila Masak
Rempah Portugis Grill - Pekat dan Aromanya Wangi Bila Masak

Portugis Grill Menggunakan Aluminium Foil
Portugis Grill Menggunakan Aluminium Foil

Taddaaaaa Portugis Grill Versi Mommy Firas
Taddaaaaa Portugis Grill Versi Mommy Firas


Haa uplls boleh lah cuba sendiri bulan-bulan posa ni tau. Buat lah rempahnya tu bebanyak pehtu simpan dalam fridge. Senang balik kerja boleh terus bakar je. Mahal kot portugis grill ni kalau kat PARAM (Pasar Ramadhan) berbelas ringgit tau. Itu pun tengok jenis ikan gak. So apalagi buleh lah cuba khennnn.

Love
Masliza

Sunday, 14 June 2015

Seni Silat Dalam Hidup Saya!


Silat Tempur

Semalam  santai-santai di rumah, al kisahnya tengok acara sukan SEA ke-28 pulak hehehe. Acara silat tempur (dulu panggil silat olahraga) lelaki dan perempuan. Wah lamaaa sungguh dah tak tengok orang bersilat. Such ring a bell kata orang putih hehehe. Berdiri bulu roma tau masa tengok tu. Sangatlah mengimbau kenangan lama. Suatu waktu dulu saya juga seorang pesilat tempur kategori E (65kg-70kg). Pernah menyumbangkan pingat untuk negeri Kelantan di kejohanan silat zon timur (kelantan, terengganu, pahang) dan sempat menyumbang pingat ketika mewakili Universiti Malaya di kejohanan silat olahraga IPTA ( tahun 2000 atau 2001). Terasa bangga bila dapat berbakti hehehe. Cewahhh.  Meh kita tengok gambar kenangan yang masih ada dalam simpanan khazanah saya heheh. Banyak gambar kenangan zaman dolu-dolu dah rosak sebab takde sapa yang jaga kat kampung huhuhu. 


Pasukan Silat Sek Men Tok Janggut 1997-1998
Pasukan Silat Sek Men Tok Janggut 1996-1997- Kenangan Di SK Kutan Pasir Mas



Ohh Aku Dulu Pesilat Puteri Hahahah
Ohh Aku Dulu Pesilat Puteri Hahahah


Suatu pengalaman manis, kenangan terindah orang kata. Mewakili negeri di usia 18@19 tahun, dan mewakili universiti di awal usia 20-an. Memang lah sukan silat ini bulan lah sukan favourite rakyat Malaysia tetapi takdir Allah menemukan saya dengan sukan itu. Silat itu ada seninya yang tersendiri. Bunga silat, langkah silat, semuanya seni. Terima kasih kepada guru silat saya Dr Kamal Shah yang masih lagi aktif mencurahkan ilmu Silat Lintau warisan dari Minangkabau di Pasir Puteh Kelantan. Sesungguhnya tanpa dia saya tak mungkin meraih pingat-pingat sepanjang penglibatan saya. Pengalaman berharga saya...sampai bila-bila.

Entah dari mana datangnya semangat saya sampaikan saya memilih silat sebagai sukan. Semua ahli keluarga termasuk arwah abah, arwah mi, arwah tok nenek dan pakcik dan makcik menentang saya. Sukan tu untuk jantan kata mereka. Hehehe. Tapi kalau sudah cinta dan keinginan tu ada Alhamdulillah saya berjaya. Dalam kesibukan saya nak mengambil STPM pun sempat lagi mewakili sekolah dan negeri Kelantan. Membuak-buak masa tu nak buktikan tanggapan salah keluarga termasuk cikgu cikgi mengatakan bila bersukan pelajaran terabai. Dan saya berjaya membuktikan saya salah seorang daripada pelajar terbaik STPM dan berjaya menjejak kan kaki ke menera gading. Masuk Uni impian saya sejak kecil Universiti Malaya. Hehehe. Syukur saya berjaya. Silat menjadikan saya seorang yang bersemangat kental, silat menjadikan saya seorang yang tak mudah mengalah. Penglibatan dengan seni silat timbul cinta tanpa diundang sebenarnya....Dulu-dulu ramai yang tak percaya bila tanya sukan apa awak main, jawapan 'silat olahraga' yang keluar daripada mulut seorang perempuan pada mereka woahhh funny ok, macam tak caya giut reaksi mereka. Hahahaha. Itu duluuuu sekarang ni mungkin dah ok kot kehkehkeh.

Moralnya saya dapat bila kita berusaha, bila kita mencintai apa yang kita buat, kita lakukan dengan sepenuh jiwa raga, maka kejayaaan akan menjadi milik kita.


Thursday, 4 June 2015

Sekejap Sahaja Dah Masuk 17 Sya'aban


Sekejap Dah Masuk Bulan Syaaban
Sekejap Dah Masuk Bulan Syaaban

Bismillahhirahmanirrahim. Hari ni dah 4 Jun 2015 atau 17 Syaaban 1436 Hijrah. Dah 17 Sya'aban dah kita ni. Sekejap je rasa dah nak masuk bulan Ramadhan dah (17@18 Jun nanti) kita kan. Pejam celik pejam celik tak sedar Ramadhan makin hampir. Kita sudah melewati malam Nisfu Sya'aban ( 15 Sya'aban) pada 2 Jun yang lalu. Bermakna kita semakin dekat dengan bulan mulia ramadhan. Jika dulu waktu saya masih lagi bekerja makan gaji, bulan Rejab dan Sya'aban adalah bulan mengganti puasa. Atau bagi sesetengah orang bulan untuk membiasakan badan dan perut berpuasa. Tapi itu dulu lah. Sekarang ni sejak bekerja sendiri, komitmen pergi outstation pun dah takde, Rejab dan Sya'aban lebih kepada bulan saya berpuasa Sunat. Inilah sedikit sebanyak perubahan yang positif pada diri saya yang saya rasai sendiri. Saya tertarik dengan kelebihan bulan Sya'aban bila membaca satu blog tidak lama dulu tetapi lupa nama blognya. Di sini saya kongsikan dengan anda semua Kelebihan Bulan Sya'aban. Moga kehadiran Sya'aban ni akan menguatkan lagi keimanan kita semua.

Kelebihan Bulan Sya'aban

1.Puasa
Bulan Sya’ban adalah bulan yang paling disukai oleh rasul saw untuk berpuasa. Dari Aisyah r.a berkata:
“Bulan yang paling disukai oleh rasul saw untuk berpuasa ialah bulan Sya’ban yang menghubungkannya dengan bulan Ramadan”. (Abu Daud yang disahihkan oleh Al-Bani)

Dari Aisyah r.a berkata:
“Rasulullah berpuasa hingga aku katakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka hingga aku katakan tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat rasul saw berpuasa penuh melainkan pada bulan Ramadan. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak pada bulan selain dari bulan Sya’ban”. (Bukhari dan Muslim)


Sekumpulan para ulamak seperti Ibn Mubarak dan lainnya menegaskan bahawa nabi saw tidak pernah menyempurnakan puasa di bulan Sya’ban. Baginda hanya banyak berpuasa sahaja. Hal ini diperkuatkan oleh satu riwayat daripada Aisyah r.a, katanya:
“Kami tidak mengetahui bahawa baginda saw berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadan”. (Muslim).

Riwayat dari Aisyah r.a:
“Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa penuh sejak tiba di Madinah melainkan pada bulan Ramadan”. (Muslim) 

Menurut Ibn Abbas: “Rasulullah tidak pernah berpuasa penuh selain Ramadan”. Malah Ibn Abbas menghukum makruh perbuatan berpuasa penuh selain bulan Ramadan.


Puasa pada umumnya mempunyai kelebihan yang besar dan balasan yang agung. Dari Abu Said al-Khudri r.a berkata: Nabi saw telah bersabda (bermaksud):
“Tidaklah seorang hamba berpuasa pada hari perang Fi Sabilillah melainkan Allah akan menjauhkan mukanya pada hari itu daripada api neraka perjalanan 70 tahun”.(Muttafaq Alaih)


Dari Abdullah bin Amru r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Puasa dan Al-Qur’an kedua-duanya akan memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari Kiamat. Berkatalah puasa: “Ya Allah, aku telah melarangnya dari makan dan menuruti syahwat pada siang hari, maka berilah syafaatku kepadanya. Lalu Al-Qur’an berkata pula: “Ya Allah, aku telah melarangnya tidur diwaktu malam (untuk bertilawah), maka berilah syafaatku kepadanya”. Dengan itu Allah memberikan syafaat keduanya untuk hamba itu”. (Ahmad)


Begitu juga di antara kebaikan berpuasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan untuk berpuasa di bulan Ramadan, supaya apabila masuk ke bulan Ramadan nanti tidak lagi merasa susah atau berat, tambahan pula puasa di bulan Sya’ban sebagai latihan dan persiapan supaya masuk ke bulan Ramadan nanti dengan penuh kekuatan dan kecergasan.

Kelebihan Bulan Sya'aban
Kelebihan Bulan Sya'aban



2. Menjaga solat lima waktu secara berjamaah
Terdapat beberapa hadith yang menyebut tentang kelebihan menjaga solat berjamaah dan ancaman orang yang meninggalkannya padahal ia berkemampuan melaksanakannya.

Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasul saw telah bersabda (bermaksud);
“Solat berjamaah lebih utama daripada solat berseorang sebanyak 27 darjat”. (Muttafaq Alaih)

Dari Abu Musa ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda (bermaksud):
“Orang yang paling besar pahalanya dalam solat adalah orang yang paling jauh perjalanan kakinya dan yang lebih jauh lagi dan orang yang menanti solat sebelum ia solat berjamaah bersama imam akan mendapat pahala yang lebih besar dari orang yang solat kemudian tidur. (Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a: Bahwa Rasulullah saw. kehilangan beberapa orang sahabatnya dalam salat. Beliau bersabda (bermaksud):
"Sesungguhnya aku bermaksud menyuruh seseorang solat mengimami sahabat lainnya dan aku akan pergi menyusul beberapa orang yang enggan solat berjamaah. Aku menyuruh mereka untuk membakar rumahnya dengan kayu bakar. Bila salah seorang di antara mereka mengetahui bahwa ia akan mendapatkan selonggok daging yang gempal maka ia akan menghadiri salat Isyak berjamaah. (Muslim)


Semua hadith ini menunjukkan penegasan tentang perintah solat berjamaah dan keringanan bagi yang menghadapi kesukaran menghadirinya.




3. Membaca al-Qur’an, mengkhatam, menghafaz dan mengulangkajinya
Amalan ini adalah sebesar-besar pintu kebaikan kerana di dalamnya terkandung keutamaan dan pahala yang besar di sisi Allah.  Dari Ibn Mas’ud r.a berkata (bermaksud):
“Rasulullah saw telah bersabda: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-Qur’an dia memperolehi satu hasanah, satu hasanah menyamai sepuluh pahala. Aku tidak katakan alif, lam dan mim satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”. (Tirmizi. Menurutnya hadith ini hasan sahih)


Bulan Sya’ban menjadi mukadimah atau pengenalan kepada bulan Ramadan, dengan sebab itu amalan yang utama di bulan Ramadan juga utama pada bulan Sya’ban seperti puasa, membaca al-quran dan bersedekah. Menurut Salamah bin Suhail: Ada pendapat mengatakan bulan Sya’ban adalah bulan membaca al-Qur’an. Habib bin Abi Thabit apabila memasuki bulan Sya’ban beliau berkata: Ini adalah bulan membaca al-Qur’an. Amru bin Qis al-Mulaiy apabila memasuki bulan Sya’ban beliau akan menutup ruang-ruang masa dan sibuk dengan membaca al-Qur’an.


Membaca Quran Di Bulan Sya'aban
Banyakkan Membaca Quran Di Bulan Sya'aban

4. Berdoa kepada kiblat orang Islam yang pertama
Di dalam Sya’ban adalah bulan berlaku pertukaran kiblat orang Islam daripada Masjid Aqsa ke Masjidil Haram. Firman Allah SWT (bermaksud): 
“Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya." (Al-Baqarah: 144)


Kita saksikan apa yang berlaku ke atas Masjidil Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam yang wajar kita renung dan berikan perhatian sepenuhnya. Apakah yang patut kita lakukan? Setidak-tidaknya kita berdoa supaya Allah mengembalikan Masjid Aqsa ke pangkuan kita dan membebaskannya daripada cengkaman Yahudi perampas.




5. Menghidupkan qiamullail
Kebanyakan orang Islam tidak memberi perhatian kepada qiamullail selain bulan Ramadan. Orang yang hanya memberi perhatian di bulan Ramadan akan merasa sukar untuk mendirikan qiamullail kerana selama ini tidak menghidupkannya selain bulan Ramadan. Bila tiba bulan Ramadan secara mengejut mendirikan solat malam tentu merasa berat dan sukar untuk menjaganya. Jikalau tubuh kita kerap menghidupkan malam sebelum Ramadan dan sepanjang tahun dengan solat tahajud di waktu malam tentu kita tidak merasai susah atau berat mendirikannya di bulan Ramadan. Contohnya orang yang memberi perhatian dengan menjaga solat malam sebelum Ramadan sekurang-kurangnya solat dua rakaat pada tengah malam, ataupun solat selepas isya’ atau sebelum tidur.

Dari Qasim bin Muhamad dari Aisyah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit”.(Muslim)




6. Menghubungkan silaturrahim
Sepertimana yang telah disebutkan di dalam hadith bahawa bulan Sya’ban ialah bulan amalan hamba diangkat dan dipersembahkan kepada Allah. Nabi saw menyukai sekiranya ketika amalannya diangkat kepada Allah baginda sedang berada di dalam ketaatan. Inilah yang sewajarnya diperhatikan oleh umat Islam di bulan Sya’ban ini supaya orang muslim berusaha menjadi sebaik-baik ketaatan ketika amalan diangkat dihadapan Allah. Ini mendorong Allah akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan dan keampunan sekalipun amalan yang dipersembahkan itu ada kekurangan.

Tidak diragui bahawa menghubungkan silaturrahim dan meredakan permusuhan adalah sebesar-besar ketaatan yang dituntut khasnya di bulan yang mulia ini yang mempunyai keutamaan yang besar.
Dari Abu Darda’ r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Sukakah aku memberitahu tentang amalan yang lebih utama daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Jelas nabi: “Menghubungkan silaturrahim, kerana sekiranya rosak hubungan silaturrahim adalah umpama memotong agama”. (Tirmizi.) Menurutnya ini hadith sahih.


Kita menyambut kedatangan bulan Sya’ban dengan sambutan yang sebaiknya dengan memenuhi dada dengan kasih sayang dan berbaik dengan semua orang. Oleh itu, jadikanlah bulan Sya’ban ini sebagai peluang dan permulaan untuk memulihkan hubungan yang rosak antara kita dengan orang lain.

Tuesday, 2 June 2015

June 2015 Separuh Perjalanan Sudah Ditempuhi

Diam tak diam perjalanan 2015 dah masuk setengah tahun. Maksudnya dah separuh perjalanan kita di tahun 2015 ni kan.

Jun 2015
Selamat Datang Jun 2015

Bulan June tahun ni memang di nantikan sebab :
1. Shaklee National Conference
2. Birthday saya
3. Ramadhan

Semoga kehadiran bulan June tahun ni akan membawa banyak kebaikan dan rahmat kepada kita semua. Tak sabar nak mencoret pengalaman tentang Shaklee National Conference (NC) tahun ni. Pengamanan NC tahun lepas sudahpun di tulis DI SINI. Sangat bermakna buat saya. Dan saya sentiasa berdoa semoga NC dan bulan June ini akan memberikan kegembiraan berganda, insya-Allah. 

Jun Datang Bermaksud Usia Juga Makin Meningkat Wahai Nur Masliza Muda
Jun Datang Bermaksud Usia Juga Makin Meningkat Wahai Nur Masliza Muda


Saturday, 30 May 2015

Mari Tempah Sofa Idaman Di Alcano Design Dengan Harga Murah

Bismillahhirrahmanirrahim. Tentu ramai di sini yang minat dengan sofa cecantik kan. Haaa meh sini saya nak cerita tentang satu tempat yang mana kita boleh tempah sofa custom made yakni tempah ikut design yang kita suka bukan main pergi kedai pilih je kat kedai atau showroom  hehehe. Kalau tanya orang perempuan memang ramai jugak yang suka sofa custom made ni maklumlah boleh tempah ikut suka kan nak warna macam mna, nak design macam mana, nak diamond macam mana, nak besar mana nak kecil mana lan. Kilang perabot Alcano Design ni, kita semuanya buleh tempah sofa serta perabot lain mengikut citarasa kita, cakap je nak gaya urban, kontemporari, english semua mereka boleh buatkan. Kepada yang mencari-cari mana tempat nak tempah sofa ikut kehendak hati, saya cadangkan pergilah ke kilang Alcano Design. Jangan risau anda boleh gunakan Waze untuk sampai ke kilang tu kalau tak biasa dengan kawasan Sungai Buloh ni. Dan kami pun gunakan Aplikasi Waze juga untuk sampai ke kilang tu. Ok saya share sikit alamat, dan nama pemilik kilang Alcano Design tu dengan anda heheheh.

Tempah Perabot Idaman Anda Di Alcano Design
Tempah Perabot Idaman Anda Di Alcano Design 


Al kisahnya saya dah mengenali nama Alcano Design ni dah lama maklumlah saya suka sangat membaca blog abang Mazidul Akmal Sidek. Masa tu sofa kami ni masih baru so hasrat nak tempah sofa idaman tu saya pendamkan saja lah. Hampir 5 tahun guna sofa tu akhirnya keadaan sofa kami pun makin parah hahaha. Okies, masa untuk tukar sofa. Kalau sofa lama kami guna material fabrik, kali ni memang kami suami isteri sebulat suara nak beli sofa leather. Of course lah dalam kepala dah ada idea nak yang macam mana kan. Dan kali ni memilih Alcano Design di Sungai Buloh, Selangor untuk menempah sofa yang diidamkan. Memang Alcano Design ni dah terkenal dengan tempat beli perabot dengan harga kilang atau murah. Serius memang murah perabot nya. And the best part is leather jugaaaa. Macam-macam fabric ada kalau tak minat leather. 

Cari punya cari akhirnya sampailah kami ke kilang Alcano Design ni. Kalau sebelum ni say acuma membaca di blog je tentang keramahan pemiliknya Mr Chai ni, kali ni saya memang berhadapan sendiri dengan Mr Chai ni. Haaa handsome kan Mr Chai ni. Heehe, ini gambar yang saya ambil dari blog Abang Mazidul Akmal kita. OK sampai je kilang ni Mr Chai dah tersenyum menyambut kami. Walaupun bangunan kilang tetapi ianya taklah berselerak dan panas sangat sebab pintu masuknya sebesar-besar alam kan hehehe.

Pemilik Alcano Design
Pemilik Alcano Design

Melangkah masuk je mata terus nampak sofa-sofa pelanggan Alcano Design (AD) yang menunggu masa untuk dihantar kepada pelanggan mereka. Wahh dalam hati dah meloncat-loncat sebab rambang mata melihat deretan sofa-sofa tu. Ok jom kita menjamu mata dengan apa yang ada di AD ni.

Sofa Tempahan Pelanggan Alcano Design
Sofa Tempahan Pelanggan Alcano Design

Nak Tempah Katil, Kabinet Dan Almari Pun BolehDdi Alcano Design Ni
Nak Tempah Katil, Kabinet Dan Almari Pun BolehDdi Alcano Design Ni

Sofa Leather
Sofa Leather

Ok dah siap meninjau sofa yang ada MR Chai jemput kami masuk ke dalam officenya. Haa kat dalam tu lah dia tunjukkan sofa kulit yang sebijik sejibun dengan yang ditempah oleh Abang Mazidul. Memang besar, nampak kukuh. Mr Chai tunjukkan kepada kami apa perbezaan perabot beliau dengan perabot di kedai biasa, iaitu bawah kusyen tu dia alas dengan playwood (papan lapis) kalau perabot yang biasa kita beli bawah kusyen tu biasanya hanya kain atau tali je. Yesssssss itulah yang berlaku pada sofa lama kami, koyak bawah kusyen sebab hanya ada kain dan tali jer. Maklumlah dah ada anak lelaki yang lasak ni, main panjat-panjat dan melompat atas sofa.

OK Inche Suami dengan bangga nya cakap saya nak sofaleather L Shape. So Mr Chai pun tunjukkan beberapa design sofa leather yang L Shape ni. Memang harganya murah jika dibandingkan harga di kedai lain. Worth for money lah senang cakap. Sebelum ni kami dah survey harga sofa leather ni di kedai biasa pun  7-8k. Harga 7-8k tapi tak boleh tempah ikut suka hati kita, tak boleh pilih warna, tak boleh pilih design dan sebagainya. Tapi di Alcano Design ni, saya dapat beli dengan harga yang lebih murah dan dapat buat ikut suka hati lagi. Seronoknyeeeeeeeee. Ok lepas pilih punya pilih punya pilih, akhirnya kami sebulat suara memilih padanan warna merah+hitam untuk sofa kami. Haa macam picture di bawah tulah boday kaler merah, kusyen kaler hitam. Tapi sofa dalam picture di bawah tu bukan sofa yang kami tempat tau hehehehe. Yang best boleh pilih design tu, lepas tu boleh request nak berapa lebar ikut keluasan ruang tamu kita. Saya pilih sofa yang ada 3 bijik diamond kat kusyen dan di kaki sofa. masa pilih diamond tu Mr Chai tanya you mau macam mana punya susunan diamond? Wowwww, susunan diamond pun tanya yer. Actually saya memang tak fikir macam mana nak susunan diamond tu kikiki, yang saya tahu saya nak sofa leather, bentuk L Shape. So lepas Mr Chai advise kami apa yang cantik, pro and cons kami pun setuju. Harga yang ditawarkan untuk kami pun dalam range bajet kami. Syukur alhamdulillah urusan dipermudahkanNya.

Salah Satu Sofa Alcano Design
Lawa Tak Sofa Alcano Design Ni?
Ok nak tengok cemmana design sofa kami? haa tu dalam resit yang diberikan oleh Mr Chai tu ada di lukis bentuk sofa L Shape yang kami tempah tu. Kalau dah namanya sofa tempah atau custom made mustilah kena beberapa minggu baru siapkan. Heheheh. Disebabkan kami bukanlah nak guna sofa tu urgent sangat, jadi kami bersetuju dengan Mr Chai sofa dihantar dalam masa 2 minggu. Yelah apa lah nak dikejar sangat kan. Ok deposit untuk tempahan ni at least 30%, boleh bayar secara cash, keledit kad (Credit card), atau debit cad pun diterima. Yang paling bestnya, kami cakap alamak tauke kami takde banyak cash nak bayar deposit ni. Tau tak apa tauke tu cakap????? Ok takpa, sekarang dalam wallet you ada berapa? You bayar dulu berapa yang ada dalam wallet you, balance tu you bank in pada saya". Wahhh, mana nak carik tauke kedai yang bertolak ansur begini. Atas dasar percaya sebab saya follower blog Abang Mazidul. Hahhaha nama Abang Mazidul kita jugak yang di petik yer. 

Cenggini lah bentuk sofa kami, nanti dah sampai ke rumah barulah mereka akan cantumkan untuk membentuk L Shape. Dan sofa ni boleh memuatkan 6 orang. Dengan kusyen tu sepanhang 88 inchi, dan lebar tempat letak tangan tu 8 inchi. Ada stool juga. Hehehe. Ok lah kalau bijak boleh tengok lakaran Mr Chai  tu maka tergambarlah bagaimana bentuk sofa kami. Kikiki.

Tempah Sofa Di Alcano Design
Tengok Dulu Designnya
Saya bukan jenis yang suka ganti-ganti sofa, pendek kata pakai sampai lunyai lah. Hahahaha. So saya tak kisah spend duit lebih sikit asalkan barang saya tahan lama. Yelah sofa kot kan, mestilah nak yang tahan lama. Arwah abag selalu cakap kalau ada duit lebih beli yang tahan lama, lebih-lebih lagi kita nak guna setiap hari. Jangan nak yang murah tapi kejap-kejap rosak, kejap-kejap kena ganti. Dan arwah selalu ingatkan kami kalau nak beli perabot, beli kelengkapan rumah elakkan berhutang. Sebab itulah saya sanggup menunggu lama, menabung duit semata-mata nak memiliki sofa kulit idaman hati ni. Mungkin kami tak mampu nak beli sofa import yang berpuluh ribu tu, tapi dapat yang kulit gini pun dah berbaloi sangat. Berbelanja ikut kemampuan kan. Opsss ini bukan sofa untuk raya yer hahahaha, sebab sofa lama kami memang dah nazak yang amat dah hahaha.

Thursday, 19 March 2015

Cara Memanfatkan Cuti Sekolah Dengan Anak-Anak Tanpa Kehadiran Ipad/Gadget


Masa Memanfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak
Masa Memanfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak




Cuti sekolah adalah masa yang agak mencabar untuk WAHM seperti saya ni. Masakan tidak, cuti sekolah ni lah anak ada dengan kita 24 jam kan. Mencabar sungguh kan. Walaupun cuti sekolah hanya seminggu tapi untuk seorang ibu pastinya ia tempoh yang panjang. Kali ni kami memilih untuk tidak kemana-mana waktu cuti memandangkan inche suami sedang sibuk menyiapkan thesis master nya. Ok lah dapat juga berjimat kan maklumlah nak GST dah bulan depan ni, so semua perbelanjaan pun dah start berkira sekarang hahaha.


Ok lah kali ni saya nak berkongsi cerita bagaimana saya dan Firas memanfaatkan cuti sekolah tanpa kehadiran IPAD. Memang anak saya ni penggemar IPAD huhu, maklumlah di situlah tempat dia nak tengok memacam cerita kartun kan. Huhuhu. Kadang-kadang kering idea juga saya mencari aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan dengan Firas di musim cuti ni. Bukan apa, saya tak mahu biarkan Firas membersa dengan IPAD saja. Sangat tak membantu perkembangan kanak-kanak kan.



1. Mengulangkaji Pelajaran Bersama

Ok memandangkan Firas sudah pun berusia 4 tahun, maka musim cuti kali ni saya ambil kira aktiviti mengulangkaji pelajaran bersama. Siap guna Alat Bantu Mengajar (ABM) lagi tu hehehe. Selain daripada buku yang teacher dia bagi, saya belikan anak saya buku-buku tambahan untuk dia buat latihan kat rumah. Kalau kat rumah ni dia nak conteng ke nak kaler macam mana pun saya tak kisah sangat. Janji dia buat. Dan yang best nya kami buat sama-sama. Kalau dia kaler saya pun kaler, dia menulis saya akan tunggu dia siapkan satu-satu. kami siap meniarap bersama-sama, sebab nak create excitement anak. heheh. Satu lagi saya gunakan white board supaya dia tak boring. Haa nampak tak dalam gambar di bawah tu, siap dia buat mural lagi. Melukis di luar kotak lah katakan. Memang seronok sebenarnya dapat mengajar anak sendiri. Apatah lagi kalau kita sendiri dapat ajar mereka mengaji dan solat. Alhamdulillah sepanjang cuti ni (setakat entri ni di tulis lah hehehe) Firas memang teruja nak solat. Moga Firas kekal istiqamah dan menjadi mulimin yang soleh. Aamin.

Ulangkaji Bersama Anak Di Musim Cuti Sekolah
Ulangkaji Bersama Anak Di Musim Cuti Sekolah

White Board Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)
White Board Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)

2. Menonton DVD Kegemaran Mereka Bersama

Ini pun salah satu daripada cara nak memanfaatkan cuti anak kita. Cara ni lebih bagus kot dari bagi ipad kat anak kan. Kalau dengan ipad dia sorang je dok pegang, dengan skrin kecik (ipad mini lah). Dan pastikan dvd tu bukan lah dvd ottomen yang aksi ganas-ganas tu hehehe. Walaupun anak saya memang suka tengok ottomen tapi saya tak galakkan dia tgk citer gitu. Dan sebabtulah awal-awal lagi saya memang tak beli kiki. Saya lebih suka tengok dvd kartun yang ada pengajaran seperti dinosour train, lion king, upin ipin dan kisah 25 rasul. Satu lagi dvd yang saya tak galakkan anak saya tengok ialah Boboiboy, saya tak bagi dia tengok sebab citer tu menggunakan bahasa yang agak kasar (pendapat saya lah), ditambah pulak anak saya tu memang akan ikut je apa yang di dengar sepanjang citer Boboiboy tu. Lagi satu sebab suka dia tengok dvd katun orang putih ni sebab nak biasakan dia berbahasa ompoteh. Bak kata orang tua-tua melentur buluh biar dari rebungnya. Heheeh
Ambil Peluang Menonton DVD Bersama Anak-Anak
Ambil Peluang Menonton DVD Bersama Anak-Anak



3. Melayan Impian Cita-Cita

Disebabkan anak saya lelaki, dia memang sangat teruja dengan perkataan 'Captain'.  Selalunya dia akan minta apa sahaja permainan berkenaan dengan pekerjaan seorang 'Captain' hatta topeng Captain Amerika sekalipun.Padahal captain yang dia maksudkan ialah orang yang membawa aeroplane . Hehehehe. Dan baru-baru ni dia terjumpa gloves yang diberikan oleh adik saya semasa melahirkan dia dulu, terus dia cakap ini Doctor yang pakai tau. Hehehe. Permainan begini membuka mindanya tentang pilihan pekerjaan. Dai tahu seorangcaptain kena ada cap, naik aeroplane, kalau doktor ada jubah putih, ada statescope, ada gloves (padahal yang pakai gloves tu kat OT kan) hahahaha. Kalau pegang marker pen pulak dia cakap itu teacher. So dia dah seronok maka dia akan lupakan IPAD.

Jadi Doktor
Jadi Doktor

Captain America In The House Yawwww
Captain America In The House Yawwww

4. Bersukan dan Beriadah Bersama

Ini part yang paling best dan paling ditunggu oleh kanak-kanak. Masakan tidak mereka selalunya teruja nak ke padang permainana kan. Dan inilah masanya untuk kita sebagai ibu bapa memanfaatkan musim cuti dan memisahkan mereka dengan IPAD. Selain mereka dapat mengeluarkan peluh, kita pun berpeluh jugak kan melayan keletah mereka yang berlari ke sana ke mari tu hehehe. Dan bila malam of course lah mereka ni dah penat kan, confirm tak mintak IPAD dah hehehe.

Ajak Anak Beriadah Di Taman Permainan Kanak-Kanak Musim Cuti Sekolah
Ajak Anak Beriadah Di Taman Permainan Kanak-Kanak Musim Cuti Sekolah

5. Berkebun Dengan Anak-Anak

Haaa tang ni saya baru nampak semalam bila cuti sekolah ni anak saya suka ikut saya menyiram tanaman setiap pagi dan petang. Sambil menyiram mulut anak akan sentiasa becok bertanya kenapa daun nibeginikenapa yang tu begitu. Haaa ini part dia menguji kebijaksanaan ibu bapa menjawab soalan pulak kan hahahah.


Aktiviti ini merupakan aktiviti indoor dan outdoor yang tak memerlukan kita keluar duit pun sebenarnya. Dan kalau anak perempuan, cuti sekolah ni lah peluang kita nak perkenalkan mereka dengan dapur kan hehehe. Risau kot kalau anak asyik mengadap IPAD memanjang, sebab itulah kita sebagai ibu bapa kenalah kreatif. Its hard in the beggining, tapi sebenarnya kita boleh. Percayalah bila mereka sibuk, mereka penat gadget akan mereka lupakan. Tapi awas yer ibu-ibu sekelian, bila cutinya bersedialah untukberperangdengan kerenah anak di rumah hahahaha. check temperature yer ibu-ibu, ayah-ayah kikiki. Apapun waktu anak-anak membesar inilah kita perlu habiskan dengan mereka, dan jangan biarkan IPAD/gadget menjadikan anak kita anti sosial. Kita mampu mengubahnya.


Love
Masliza 

Wednesday, 25 February 2015

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga Di Rumah

Menghabiskan masa bersama keluarga adalah moment yang priceless. Banyak mana pun duit kita, ia takkan dapat membayar waktu yang kita habiskan bersama keluarga, terutamanya dengan anak kita. Cerita yang dah agak basi tetapi tetap nak share di sini bagaimana kami menghabiskan masa cuti hujung minggu lepas. Di saat cuaca yang membahang panas ni nak berjalan naik keta pun rasa malas kan. 

Selalunya kami sekeluarga memang gemar berjalan-jalan pusing-pusing, ronda-ronda Kuala Lumpur, Putrajaya, dan kadang kala ke Melaka balik hari hehe. Tapi cuti last week kami ambil keputusan lepak aje kat rumah. Memang kami tak ke mana-mana pun hanya duduk di Puncak Alam ni je hehehe. Kalau kat kuaters memang kami tak lekat kat rumah sebab bosan asyik pandang dinding aje kehkehkeh.

Inche suami memang hobi dia cuci kereta sendiri. So bila takde benda nak di buat dia akan ajak Firas temankan dia cuci keta. Walaupun yang kotornya sikit jeeee huhu. Actually bagus juga bila hobi mencuci keta dengan anak ni sebab dapat merapatkan lagi hubungan anak-bapak. 



Seperti biasa sebagai upah untuk anak yang tolong papa cuci keta ialah mandi pool. Hahaha. Walaupun pool plastik main kat porch aje.


Selain di sebabkan panas, jem pun menjadi punca kami taknak berjalan musim panas gini. Faham-faham ajelah kalau KL atau Selangor ni kan. Boleh dikatakan takde masa tak jem kecuali masa cuti raya aje kot hahaha.



Satu lagi aktiviti di rumah ialah membersihkan halaman di belakang rumah. Kalau saya memang akan sapu segenap ceruk dalam dan luar rumah dan inche suami akan membakar sampah. Opsss ini bukan selalu di buat yer. Hehehe. Reason membakar tu sebab lalang kat luar pagar dah tinggi sangat kami dah potong dan bersihkan tapi takdelah pulak pihak PBT datang hangkut, last-last nampak jiran bakar daun pisang kering kami pun bakor ler jugak. Adehh mati ler kalau ada orang keja MPKS (Majlis Perbandaran Kuala Selangor) yang baca entri ni hahaha.


Sebagai seorang ibu dan isteri quality time with family itu sangat berharga. Apatah lagi jika mempunyai anak lelaki dan perempuan. Kita akan nampak anak lelaki menolong bapanya, dan anak perempuan menolong ibu. Bermakna kan. Duit yang banyak, tapi jika kita tidak mempunyai masa dengan keluarga alangkah ruginya. Pada saya anak-anak perlukan kehadiran ibu bapa mereka sepanjang proses mereka membesar. Kalau dah bibik yang menjaga mereka siang malam, hujung minggu pun mak bapak busy dengan kerja bila lah masa anak-anak nak bermesra, bermanja dan beraktiviti bersama kan. 



Thursday, 5 February 2015

Demam Di Dalam Penerbangan. Terima Kasih AirAsia

Bismillahhirrahmanirrahim. Februari bulan untuk holiday. Sesekali apa salahnya bercuti kan, walaupun sekadar percutian balik ke kampung hehe. 1st rasanya bercuti dengan dalam keadaan demam dan lenguh semua sendi. Tetiba jerk malam tadi cirit birit, sampai lah membawa ke pukul 5 pagi tak tahu berapa belas kali bangun yakk yakk huhu.

Demam Di Dalam Penerbangan
Muka Nak Demam Sebelum Berlepas Ke Tawau


 Dan saya memang patut berterima kasih kepada Air Asia AK 5746 kerana menyediakan panadol dan air panas yang FOC semasa perjalanan KL-TWU hahaha. 

Penerbangan KL-Tawau
Penerbangan KL-Tawau


Allah saya pun tak sangka dari KLIA2 lagi memang dah rasa seram sejuk dan lenguh seluruh badan dan kemuncaknya di awan biru ketahanan badan makin longlai. Uitsss ayat sastera sehhh hahaha. Baru je fly half and hour badan start panas semacam je, masa ni baru teringat pills box Shaklee dlm kargo, hambekk kau Mas, kalau tak boleh gak telan Sustain Release Vitamin C dan Garlic. Rentetan dari ketidaktahanan badan ni lah saya mengalah dan akhirnya  terpaksa minta 2 biji panadol daripada pramugara bertugas, ok saya sempat menjeling name tag beliau Fitri nama yamg tertera. Adoii dalam sakit-sakit pun sempat skodeng yer! Kikiki.
Demam Di Dalam Penerbangan. Terima Kasih AirAsia
Demam Di Dalam Penerbangan. Terima Kasih AirAsia- Panadol FOC


Memang tak sangka pulak laa, panadol diberikan percuma untuk penumpang. Maklumlah AA ni kan semuanya nak berbayor kehkehkeh.

Ok mood bercuti sudah on, lepas Tawau ke Semporna kita, lepas tu ke Manila kita. InsyaAllah. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.


Monday, 19 January 2015

Food Review Restoran Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor.

Kalau sudah namanya orang ditepi laut, memang suka sangat seafood. Macam tu lah penangan Inche suami saya ni. Jadi untuk memenuhi kehendak inche suami yang suka sangat seafood ni, maka kami sekeluarga weekend hari tu pun pergilah mencari. Port biasa kami makan seafood atau ikan bakar ialah Tanjung Harapan tapi kali ni nak cuba pulak ikan bakar kat tempat baru. Sebenarnya nak mengubati kerinduan Inche Suami terhadap fresh seafood dan bau laut sebenarnya hahahahaha. Maklumlah anak pulau di Semporna memang darang dagingnya adalah seafood dan laut luas.

Ok dari Pantai Dalam ni kami gunakan Waze. Biasalah sedikit tersesat sesat dari Kapar nak ke Jeram. Waze bawak masuk jalan kampunh heheh. Ok finally sampai jugak Aroma Ikan Bakar, Jeram nih.  Melihat saja tempatnya dalam hati terdetik wowwwww. Memang cantik. Kalaulah di Semporna ada tempat menikmati ikan bakar begini tentunya best. Jom kita layan gambar dulu.

Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor
Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor

Pintu Gerbang Aroma Ikan Bakar Jeram
Pintu Gerbang Aroma Ikan Bakar Jeram


Cantik kan?

Feeling Hawaii Tak?

Sangat cantik



Paling best ialah port makan pondok2, mengadap laut ni. Memang special lah tempatnya. Dan ada extra charges untuk port pondok2 ni hehehe. Bagi orang bandar yang memang belum pernah rasa makan duduk bersila sambil di sapa angin sepoi-sepoi tu sangat di rekomebkan. Tapi bagi saya yang dah biasa menikmati makanan di rumah mertua mengadap laut, apalah sangat makan di pondok2 tu kan hahaah.

Pondok Yang Menghadap Laut


Cuci Mata Kenyang Perut


Menikmati Aroma Ikan Bakar Bertemankan Angin Menderu 


Ok sambil menikmati ikan bakar dan seafood di Aroma Ikan Bakar ni, kita juga boleh menikmati matahari terbenam. Subahanallah, cantik sangat. Indahnya ciptaan Allah SWT  pada kita umatnya. Jom layan beberapa gambar matahari terbenam hasil daripada iphone saya hahah.

Matahari Jatuh

Jingga Sang Matahari


Indahnya Ciptaan Allah

Dari segi makanannya pula, memang terdapat pelbagai pilihan seafood di sana. Dari segi rasa dan kesedapan makanan apa yang boleh saya katakan memang not bad. Antara makanan yang kami order adalah
-Ikan siakap steam asam limau
-pari bakar
-ketam cili
- butter prawn
-tomyam seafood

Maaf gambar makanan tak sempat nak snap sebab bila makanan sampai kami memang dah terlalu lah lapar. Mujur lah kami sampai tu belum terlalu ramai orang di situ. Mungkin sebab kami dah biasa menjelajah medan ikan bakar di seluruh Malaysia ni, maka expectation kami agak tinggi. Hehehehe. Yang paling best di tekak kami sekeluarga kat situ ialah Ikan Siakap Steam Asam Limau dan ikan pari. Menu lain saya boleh katakan so so ajelah. Bukan tak sedap, tapi mungkin tidak memenuhi kriteria tekak kami. Atau kami ni memang memilih makanan? Hehehe. Apa pun, tidak salah jika kita mahu mencuba kesedapan Aroma Ikan Bakar ni kan. Mungkin masa kami datang tu seafood yang ada kurang fresh atau  tekak kami yang lain daripada kan. Iyelah belum tentu yang kami rasa sedap tu sedap bagi orang lain kan. Setakat ni kami memang tak boleh nak menafikan keenakan seafood di Pantai Chenang, Langkawi (nama restoran lupa), seafood si Kuala Perlis, dan tentunya kesedapan dan kesegaran seafood di Kuala Sungai Baru dan Umbai Melaka. Di Sabah memang terlalu banyakkk tempat seafood yang best sampaikan tak terluah di sini.

Tempat ni sangat di rekomenkan untuk kita menjamu selera bersama keluarga. Oh yer nak buat jamuan reunion di sini pun best yer. Maklumlah untuk reunion ni perlukan tempat besar kan. Kemudahan toilet yang bersih dan besar. Haa surau pun ada youolls. Tempatnya pun sangat-sangat mendamaikan. Boleh lah jika nak booking table nombor telefon ada di dalam gambar di atas. Hahaha saya tak ada kena mengena dengan pemilik Restoran Aroma Ikan Bakar ni yer, so saya takder dapat diskaun janan risau. Ini hanyalah sharing daripada pengunjung restoran tersebut sahaja.

Love
Masliza



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...