Showing posts with label kolera. Show all posts
Showing posts with label kolera. Show all posts

Tuesday, 6 January 2015

Kenali Gejala Penyakit Bawaan Air


Beberapa hari lepas saya terdengar di TV mengenai rakyat di minta berhati-hati dengan penyakit bawaan air di musim hujan, apatah lagi selepas banjir yang melanda penghujung Disember lepas. Iya, kita tahu, manusia sangat bergantung kepada air (tidak kira air bersih atau tercemar). Air penting dalam urusan seharian kita. Makan, minum, mencuci, dan sebagainya. Air penting untuk mengawal suhu badan, perkumuhan dan banyak lagi lah.


Air Penting Dalam Kehidupan Manusia
Air Penting Dalam Kehidupan Manusia

Pendek kata air tu sangat-sangat penting untuk manusia, apatah lagi air yang bersih kan. Air bersih menjamin kesihatan manakala air tercemar mengancam nyawa hingga boleh membawa maut. 72% daripada kandungan badan kita adalah komponen air. Kekurangan 5% dari kandungan air dalam badan sudah cukup untuk menjejaskan prestasi kita sebanyak 30%.



Kegunaan Air Untuk Badan
Kegunaan Air Untuk Badan


Pencemaran air akan membawa kepada kemudaratan. Contoh paling dekat kan bila kita terminum air atau susu yang sudah tercemar oleh bakteria (susu masam dll), lepas tu kita akan muntak-muntah, mual dan pening kan. So tidak hairan kenapa kita begitu terdedah kepada ancaman pelbagai penyakit hanya kerana minum air kerana air yang kita minum setiap hari sememangnya mengandungi bakteria, virus, kotoran dan juga kesan karat yang dapat melemahkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit. Antara gejala paling biasa terjadi di kalangan pesakit ini adalah demam, sakit-sakit badan, sakit kepala, sakit perut, muntah, cirit-birit dan sakit kuning atau jaundice. Dalam kes yang serius, ia boleh membawa maut di mana seseorang itu boleh mendapat kegagalan buah pinggang, kegagalan hati, pendarahan di paru-paru dan meningitis atau infeksi di bahagian otak. Ini adalah peringkat septisemia di mana kegagalan fungsi organ dalaman menyebabkan kadar mortaliti atau maut meningkat ke tahap 50 hingga 60 peratus. Haa nampak tak? Ngeri dan seriusnya penyakit bawaan air ni jika ianya berlaku. Memanglah kita nampak seakan remeh je, tapi perlu diberikan perhatian. Pada musim banjir – baik semasa dan selepasnya, penyakit-penyakit berjangkit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, selalunya mudah merebak jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak diambil. Dan sejak kebelakangan ini penyakit bawaan air yang disebabkan oleh kencing tikus (Leptospirosis) semakin diberikan perhatian. Demam kepialu, taun, Hepatitis A adalah antara gejala penyakit bawaan air kerana mangsa terdedah dengan air yang tercemar.





Gejala Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus)
Gejala Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus)




Gejala Penyakit Bawaan Air


Gejala-gejala penyakit bawaan air selalunya hampir sama di antara satu sama lain seperti loya, muntah, cirit-birit, perut meragam, sakit otot-otot dan demam. Sekiranya gejala-gejala berkenaan serius dan berlarutan, mangsa hendaklah segera dibawa berjumpa doktor. Ini kerana, air bah akan menyebabkan bahan-bahan beracun ini naik ke permukaan dan memberikan kesan negatif kepada manusia. Pakar Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Gan Ing Earn berkata, ramai yang mengambil lewa simptom-simptom seperti cirit-birit sedangkan ia petanda keadaan yang boleh menyebabkan maut.

"Apabila mengalami cirit-birit yang teruk, badan pesakit akan kehilangan air yang banyak. Ia lalu menyebabkan darah semakin berkurangan ke buah pinggang kerana air diperlukan untuk semua sistem berfungsi lalu keadaan ini menyebabkan buah pinggang rosak. Keadaan ini boleh berlaku dengan pantas. Ada pesakit yang baru sahaja cirit-birit selama dua hari dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," ujarnya.

Nampak tak betapa bahayanya penyakit yang disebabkan oleh bawaan air ni. Antara yang biasa kita dengar ialah kolera, taun, 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...