Showing posts with label sakit ketika hamil. Show all posts
Showing posts with label sakit ketika hamil. Show all posts

Tuesday, 24 February 2015

Punca Sakit Belakang dan Pinggul Ketika Hamil

Bismillahhirrahmanirrahim. Bagi wanita yang pertama kali hamil (anak sulung) memang akan tertanya-tanya apakah punca berlakunya sakit belakang dan pinggul (pelvis) ni kan. Maklumlah ini pengalaman baru bagi wanita yang bakal bergelar ibu. Sebenarnya, masalah sakit belakang di kalangan ibu hamil ialah perkara yang biasa dilalui semasa kehamilan, ianya disebabkan oleh hormon dan perubahan postur badan yang berubah selari dengan tumbesaran bayi di dalam rahim. Semakin besar kandungan si ibu semakin kerap mereka akan mengalami sakit belakang dan pinggul ni. Penjelasan daripada seorang pakar sakit puan mengenai simptom sakit belakang yang normal boleh baca lanjut di Blog Dr Zubaidi .
  
Punca Sakit Belakang dan Pinggul Ketika Hamil
Sakit Pinggang dan Pinggul Semasa Hamil

Punca Sakit Belakang dan Pinggang Ketika Hamil

1. Perubahan postur badan
Perubahan postur melibatkan pengalihan pusat graviti badan lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang badan ibu yang hamil.

2. Penambahan berat badan
Penambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit belakang menjadi teruk dan pembesaran bayi dalam kandungan juga boleh menekan urat saraf yang menyebabkan sakit belakang. Yang ini saya memang perasan, sebab sepanjang mengandungkan anaks aya Firas, saya mengalami pertambahan berat badan lebih daripada 30kg. Sebelum hamil berat say a55kg, sebelum bersalin berat jadik 86kg. Memanng tulang belakang agak sakit menjelang hari-hari terakhir sebelum bersalin.

3. Perubahan hormon
Rembesan hormon yang dipanggil "relaxin" ketika mengandung melonggarkan ligamen sendi pada bahagian pelvis dan tulang belakang bertujuan memudahkan proses bersalin yang meningkatkan risiko sakit belakang.

4. Keletihan otot
Posisi duduk, baring dan berjalan yang tidak betul menyebabkan otot-otot menjadi letih dan seterusnya mengakibatkan sakit belakang.


Beberapa parenting blog yang saya layari menyarankan kepada ibu hamil yang sering menghadapi masalah sakit belakang dan pinggul ini supaya menggunakan posture badan yang betul ketika berdiri, duduk dan baring. Posture badan yang betul ini membantu ibu hamil untuk mengurangkan kesakitan mereka terutamanya apabila perut semakin membesar.

Posture Berdiri Yang Betul Mengelakkan Sakit Belakang dan Pinggul Ketika Hamil
Posture Berdiri Yang Betul Mengelakkan Sakit Belakang dan Pinggul Ketika Hamil

Posture Baring Yang Betul Ketika Hamil
Posture Baring Yang Betul Ketika Hamil

Posture Duduk Yang Betul Mengelakkan Sakit Belakang dan Pinggil Ketika Hamil
Posture Duduk Yang Betul Mengelakkan Sakit Belakang dan Pinggil Ketika Hamil

Tetapi ramai juga ibu hamil agak sukar untuk mengamalkan posture badan yang betul untuk mengelakkan kesakitan ini. Oleh itu ramai ibu hamil lebih rela menanggung sakit kan hehehe. Pilihan lain selain daripada menjaga postur tubuh adalah, ibu hamil boleh mengambil kalsium untuk keperluan tubuh mereka. Kekurangan atau ketidakcukupan kalsium di dalam tubuh telah menyebabkan tulang ibu mudah sakit. dengan kata lain kekurangan kalsium juga boleh menjadi salah satu penyebab kepada sakit belakang atau pinggul semasa hamil. Dengan penjagaan postur tubuh yang baik disertakan pengambilan kalsium yang mencukupi, InsyaAllah sakit belakang atau pinggul dapat dikurangkan.

Ostematrix Membantu Melegakan Sakit Belakang dan Pinggul Ketika Hamil
Ostematrix Membantu Melegakan Sakit Belakang dan Pinggul Ketika Hamil


Manfaat Ostematri (Kalsium) Shaklee 
  1. Menguatkan Tulang -Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
  3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.
Khasiat Ostematrix Kepada Ibu Hamil
Khasiat Ostematrix Kepada Ibu Hamil

Kelebihan  Ostematrix Membantu Mengekalkan Tulang Yang Sihat Adalah kerana Ia Bukan Sekadar Kalsium Sahaja. Terdapat beberapa kandungan mineral dan vitamin lain yang mana membantu mereka yang mengamalkan tablet ini untuk kekal cergas, serta terhindar daripada simptom sakit belakang, sakit pinggul dan sakit tapak kaki.
  1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.
  2.  Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...