Showing posts with label sistem imune. Show all posts
Showing posts with label sistem imune. Show all posts

Saturday, 3 January 2015

7 Tanda-Tanda Sistem Imune Badan Yang Rendah

Permulaan tahun 2015 yang best bila tetiba hari ni demam. Hamboih dah lama benor tak rasa demam gini, tetiba badan jadik sejuk, tekak perit, selesema dan paling best kesan tergigit mulut sendiri dah jadik ulcer. Tapi tak lah risau sangat sebab ulcer kali ni disebabkan kecuaian sendiri (tergigit) dan bukan nya dia terjadi sendiri. Ingat lagi lastttt sekali kena ulcer ni masa hujung2 puasa last year (bulan 7) dah tu membawa ke hari raya juga. Hehehe. Baca tentang ulcer mulut di link ini

Berstokin Sebab Demam Udah Gaya Macam Orang Berpantang
Berstokin Sebab Demam Udah Gaya Macam Orang Berpantang
1.1.2015 bangun pepagi je memang badan dah rasa lain macam, dengan kepala berat pun satu hal. Macam biasa bila demam atau sakit ni tandanya sistem immune kita dah kena serang oleh 'unsur jahat' patogen ni.

Apa Itu Sistem Imune Badan?

Sistem Imun badan membawa maksud rangkaian sel, tisu dan organ yang bekerja untuk mempertahankan badan daripada  penceroboh (patogen)

Apa Itu Sistem Imun Badan
Apa Itu Sistem Imun Badan

Apa Itu Patogen?

Haaaa apa mendanya patogen tu? Patogen, istilah ini berasal dari bahasa Yunani kuno yang bermaksud penyebab penderitaan. Jadi patogen ni membawa maksud bakteria atau virus yang menjadi penyebab kesakitan/penderitaan kepada manusia. Haa gitu. Kalau dalam bahasa mudah kita cakap bakteria atau virus aje kan. Hehehe. Haa bila patogen ni masuk ke badan kita di akan ditapis oleh 'askar dan polis' badan iaitu kulit, membran mukus, jus gastrik, air mata, peluh dan air liur. Kalau 4 komponen ni tak dapat tangkap, dan patogen tersebut still lolos, maka tugas pertahanan kedua badan pula untuk teruskan tugas membenteras dan menangkap patogen ini daripada terus merosakkan dan memudaratkan badan manusia. Haa Badan kita mempunyai 2 jenis tapisan iaitu 'tapisan keselamatan pertama' iaitu kulit, membran mukus, jus gastrik, dan air mata, peluh dan air liur . Manakala 'tapisan keselamatan kedua' ialah sel-sel darah putih. Wowww istilah tapisan keselamatan macam yang digunakan oleh custom and immigration pulak kan hehehe. Gambar di bawah menunjukkan dengan lebih detail bagaimana tapisan keselamatan pertama dan kedua ini 'menangkap' patogen jahat ini. 


Dua Agen Pertahanan Badan  Manusia
Dua Agen Pertahanan Badan  Manusia

7 Tanda Sistem Imune Badan Anda Rendah

Tahukah anda gejala kerap demam, selesema, batuk, ulcer, pembekakan kelenjar, kesejukan melampau sehingga terpaksa berstokin dan bersarung tangan atau berbaju sejuk dalam suhu normal adalah antara petanda yang menunjukkan kelemahan sistem imune badan? Saya sedar diri ini sering kali di jangkiti ulcer - maknanya sistem imune saya rendah hehehe. Sejak kecil saya memang sering kena ulcer, tapi sejak setahun dua saya bersama Shaklee ni kekerapan ulcer datang tu sangat-sangatlah kurang. Ehh musti ada yang cakap mentang-mentanglah saya ni SID Shaklee kan, tapi ini lah hakikatnya. Anda boleh cuba consume jika tidak percaya. Heheh, confirm sapa yang selalu bersin, selalu batuk, demam dan sebagainya tu akan merasai perubahan (dengan izin Allah) kalau consume dengan konsisten. Keradangan, luka lambat sembuh, alahan juga antara tanda-tanda kelemahan sistem imune.


1. Demam, Selesema dan Batuk Berpanjangan
1. Demam, Selesema dan Batuk Berpanjangan
Kesejukan Melampau Pada Suhu Normal
2. Kesejukan Melampau Pada Suhu Normal

Kelenjar Membengkak
3. Kelenjar Membengkak


Ulcer Mulut
4. Ulcer Mulut 
Luka Lambat Sembuh
5. Luka Lambat Sembuh

Alahan/ Alergi Yang Teruk
6. Alahan/ Alergi Yang Teruk 

Keradangan Kulit
7. Keradangan Kulit


Kekuatan atau kelemahan sistem imune badan ni banyak bergantung kepada amalan pemakanan dan aktiviti harian kita. Badan kita yang Allah SWT ciptakan ini mempunyai kuasa semulajadi untuk pulih sendiri, ia diibaratkan sebuah kilang kimia yang hebat dan mampu untuk melindungi kita. Betapa indah dan besarnya kuasa Allah hingga tidak terjangkau dek akal kita kan. Bagaimana badan dan sistem yang ada di dalamnya ini mampu melawan segala penjahat yang masuk ke badan kita melalui makanan dan persekitaran kita. Jadi kita sebagai tuan badan, di amanahkan oleh Allah untuk menjaga dan menyayangi jasad kita sebaik mungkin. Kalau kita mengabaikan jasad kita maka akan sakitlah jasad kita, dan bila jasad sakit peluang untuk berbakti kepada penciptaNya akan semakin terhad. Haaa nampak tak kepentingan kita untuk menjaga jasad yang Allah amanahkan kepada kita ni? 

4 Punca Lemahnya Sistem Imune 

1. Pemakanan yang tak sihat - penggunaan dan pengambilan gula yang berlebihan akan mengurangkan keupayaan sel-sel darah putih untuk membunuh kuman. KURANGKAN MAKANAN MANIS!!!!

2. Gaya hidup yang tak sihat - kurang tidur akan menyebabkan sistem imun badan yang rosak/diserang sukar dipulihkan. Sebab tu lah kita lihat bila kita kurang tidur dua tiga hari kita akan mudah demam, mudah selsema dan sebagainya.

3. Tekanan- kajian menunjukkan tekanan kronik, kemarahan, kemurungan, kebimbangan akan mengurangkan sel darah putih.

4. Ubat-ubatan - penggunaan antibotik yang berpanjangan akan memusnahkan sistem pertahanan badan. Untuk pengetahuan antibotik bukan saja memakan bakteria jahat dalam badan tetapi turut makan bakteria baik yang diperlukan oleh badan. Bila bakteria baik ni dah 'dimakan' atau di musnahkan dengan pengambila antibiotik ni, macamana sistem pertahanan badan nak berfungsi kan?


Biasanya bila kita demam kita ni lebih suka minta antibiotik daripada doktor kan. So apakata mulai hari ini kita kurangkan sikap meminta antibiotik daripada doktor bila ke klinik. Boleh cuba cara lain dengan mencari sumber natural dan selamat kan.

Salam Tahun Baru 2015
Mas 012-2965214








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...