Thursday, 1 April 2021

Fawwaz Turns 5

31032021 genaplah umur anak soleh, anak bijak, anak bertuah mommy Muhammad Fawwaz. Alhamdulillah Fawwaz membesar dengan sihat dan bijak. Anak ke-2, atau boleh lah dipanggil anak bongsu kan hehehe yang lain sangat perangai dengan abang Firas. Sudahlah suka merajuk, kuat membebel pulak budak bertuah sorang ni hehe. Bukan setakat lain perangai, fizikal dia pun jauh beza dari abang yang bambam. Disebabkan itulah agaknya bila balik kampung papa dia di Semporna, selalu orang cakap dia ikut muka mommy, dia anak mommy. Ehh...dedua pun anak mommy laa apa laa mereka tu kan hehe. Dorang cakap yang bambam (abang Firas la tu) ikut papa, yang kurus (Fawwaz) ikut mommy! 

Siapa yang ikut muka mommy ni? Abang ke adik? Ke semua tak ikut muka mommy ðŸĪŠ


Seperti tahun-tahun sudah, cake tahun ni masih di sponsor oleh ummi dia hehe. Murah rezeki Firas Fawwaz ni, setiap tahun ummi sponsor cake. Mommy is suka, suka, suka. Tahun ni pun kami celebrate anak-beranak je. Tahun lepas PKP 1.0, tahun ni pulak birthday jatuh hari bekerja dan tuan empunya diri taknak dah nak tunggu Sabtu nak potong cake. So kami-kami je lah yang makan cake tu hahaha. 


Sama juga macam impian dan hasrat ibu-ibu lain, mommy pun doakan yang baik-baik je untuk Fawwaz. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati, memberkati dan semoga sentiasa dalam dalam kasih sayang Allah, itulah doa yang tak pernah putus untuk Fawwaz dan abang Firas. Hilang segala penat lelah bila lihat anak-anak tersenyum dan ketawa. 

Tuesday, 30 March 2021

Bukit Bangkung Chemor, Sesuai Untuk Didaki Bersama Keluarga

Oh yer, mommy dah pindah ke Ipoh sejak April 2018. Sama juga macam masa kami duduk di Kota Kinabalu dulu, di sini pun kami sekeluarga akan buat outdoor aktiviti bersama. Kalau tak kami morning walk2 jogging bersama kami akan mendaki bukit anak beranak. Ye, daki bukit je, maklumlah kami bawa anak-anak, setakat bukit tu mampu lagilah mereka nak menapak naik hehehe. Haruslah kami naik bukit yang dekat-dekat je dengan area Ipoh ni, biasanya kami akan mendaki ke Bukit Bangkung, Tanah Hitam Chemor . Bukit ni kalau ikut ketinggiannya plus minus lebih kurang 300 meter dari aras laut. Track paling senang sekali untuk budak-budak hehehe. Tapi start je kita dah kena menapak naik dah, tonggek jugalah bontot tu hahaha. Nak senang ikut laluan simen, nak mencabar sikit ikut laluan bertangga, nak off road ikut laluan Korbu View haa gittechew... Setakat kami di Perak ni, budak-budak dah berjaya naik 3 buah bukit

1. Bukit Bangkung, Tanah Hitam, Chemor.

2. Bukit Kledang, Menglembu Ipoh.

3. Bukit 300, Lumut.


Kami mendaki bukit ni suka-suka je, bawa anak untuk kenal alam, biar mereka rasa susah, rasa cabaran dan rintangan. Kalau tidak budak-budak ni ingat hidup kat dunia ni senang sangat, asyik nak hadap gadjet jee. Di samping untuk mengeluarkan peluh, mendaki ni pun sejenis family bonding juga hehehe. Ye lah masa mendaki ni lah dapat tengok si abang pimpin dan tarik tangan adik masa mendaki. Tapi selalunya si adik yang jalan laju ke depan, si abang tertinggal kat belakang sebab badan besar, so asyik tertinggal kat belakang. Masing-masing ikut pace dan berat badan sendiri sebab nak cepat sampai atas hahahaha. 

Ok meh mommy share sikit gambar panorama Bukit Bangkung. Laluan tangga tak jumpa pulak cari hahaha. Nanati lah maybe lepas raya ni baru boleh kami mendaki Bukit Bangkung. Maklumlah sekarang ni orang masih tengah ramai lagi kat bukit tu, haish semenjak habis PKP 2.0 ni memang sesak selalu bukit tu. Jadi kami memilih untuk beriadah di Taman Polo je lah ehehhe. 



Haa ini lah map Bukit Bangkung. kami naik ikut laluan ber tar, dan turun laluan off road (Korbu View)



Berlatar belakangkan kabus di pagi hari . Ni gambar sebelum kena PKP 2.0



Haa ni pulak permulaan nak turunm Bukit Bnagkung guna laluan Korbu View


Kabus lagi...


Haa ni lah uncak Bukit Bangkung hehe













Mummy Firas Buat Come Back Laaa Hahahahha

 Assalamualaikum...

Wah lamanya cuti menulis di sini hehehe. Last post was 2017 hahaha. Ok-ok azam baru kita bersihkan blog mummyfiras ni dan kita cerita ceriti baru la kan hehehe. Tak sabar nak share dan tulis ni (padahal takde idea pun nak tulis apa hahaha). Kita slowly tulis lah apa yang rasa nak tulis lepas ni. Kenapa tetiba buat come back ni?? Hahahaha 😅

Masa last tulis blog ni anak mommy 2 orang, sekarang ni pun masih anak 2 juga kahkahkah. Anak pun dah besar-besar sekarang ni, mommy tak membesar macam dulu lagi dah 😆, Alhamdulillah. 


Besar-besar dah kan anak mommy ni ...My double F
Firas and Fawwaz


Ini lah mommy yang terkini, dah mengecil kan dari dulu-dulu hehehe


Sunday, 15 October 2017

Menu Sihat : Tauhu Ayam Kukus

Kali ni saya nak share resepi sihat yang dok melintas kat timeline fb. Walaupun dalam resepi asal nya dia guna isi ikan salmon, tapi saya ubah kepada isi ayam. Sedap sungguh walaupun 1st time buat. Anak-anak dan suami pun suka juga. Ada rasa macam otak-otak pun ye juga.

Inilah rupanya tauhu ayam kukus tu.

Ok meh cikedot resepinya.

2 keping tauhu lembut.
Isi ayam tanpa kulit (ikut banyak mana nak)-saya suka letak isi ayam banyak2.
Sebiji bawang besar potong dadu.
3 biji bawang putih.
Daun ketumbar/daun parsley/daun bawang pun boleh
Serbuk kari ayam
Cili merah dan cili hijau. Nak guna capsicum pun boleh.
Lada hitam ditumbuk jika suka.
Garam bukit organik
Perahan lemon untuk rasa yang lebih sedap.

Bahan-bahannya. Lemon dan lada hitam takde dalam pic yer.

Cara
Tauhu lembut di lenyek dan dihancurkan. Dicampur dengan isi ayam, cili, bawang, serbuk kari. Kalau nak pedas cili kasi lebih dan blend sampai hancur. Masukkan juga garam dan perahan lemon. Sebelum blend tu masukkan air. Dah siap tuang je dalam bekas plastik sebelum dikukus dan tabur daun ketumbar/daun parsley.

Ini rupa selepas di blend. Ready untuk dikukus. 

Sebelum kukus, tutup bekas supaya wap air tak masuk ke dalam tauhu kukus kita tu. Lepas tu kukus dalam 20-30 minit. Dah siap angkat dan potong. Makan dengan cili flakes atau sambal memang terangkat.

Tarraaaa nampak tauhu ayam kukus di makan dengan menu #sukusukuseparuh kita. 

Menu sihat saya memang tak menggunakan msg atau ajinomoto. Tapi jika anda suka takde masalah, ikut selera memasing tapi jangan lah banyak nanti takde lah resepi sihat kita kan hehe.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan idea kepada kawan-kawan juga.

Tuesday, 10 October 2017

Kota Kinabalu Tepat Melancong Yang Berbaloi Untuk Keluarga

Masa berlalu cepat sangat, sedar tak sedar dah setahun saya dah keluarga berkelana mencari rejjeki di negeri Bawah Bayu ni. Ewahh cakap macam tak pernah jejakkan kaki ke Sabah pulak, padahal inche suami pun orang Sabah juga. Hehehe. Pejam celik pejam celik dah berganti tahun tinggal jauh dari keluarga terchenta. Renduu giler dengan Key Ell uolls hehehe.

Takdelah kejutan budaya pun untuk saya bila menetap di sini sebab sebelum ni dah selalu sangat datang Kota Kinabalu ni, maklumlah atas tuntutan kerja. Jadinya senang satu part sebab dah tau jalan-jalan utama, tau mana tempat makan seafood sedap hehe. Hahaha lucu bila saya yang bukan orang Sabah ni jadi penunjuk arah pada husband saya yang berasal dari sini. Tapi tak boleh salahkan dia juga, sebabnya kampung dia nunnnn jauh di Semporna, bukan selalu boleh turun KK ni. Sampai sekarang pun kalau nak gi ke Kota Belud atau Kota Marudu atau Kudat saya yang akan guide husband hehe. Itulah hidup, saling lengkap melengkapi!

Dah setahun lebih duduk sini, baru sekali kami balik ke Semporna disebabkan kesibukan kerja inche suami. Ingat lagi my inche suami cakap dia nak ambil peluang keja sini ni untuk round seluruh Sabah, nampak takkk dia tak puas hati bila isteri dah tawaf seluruh negeri kelahiran dia hehehe. 

Kelebihan duduk sini dapatlah hari-hari merasa ikan dan seafood fresh. Tapi dari segi harga tak jauh bezanya dari KL@Semenanjung. Mungkin sebab kami dah biasa membeli ikan dan seafood murah di Tawau dan Semporna, so rasa harga di KK ni mahey weiiii. Hahaha. Kalau makan kat luar lagi lah maheyyyy kehkehkeh.

Tempat Menarik?
Ok saya fokus pada tempat menarik di KK aje dulu yer. Tempat lain entry lain saya share. Bukan apa sebab banyak gambar udah delete hehe. Jujur cakap, kalau uolls datang KK ni tak rugi sebab banyak tempat best. Gunung Kinabalu takyah cakap lah kan. Dengan pulaunya, dengan pantai cecantiknya. Memang best lah. Ranau, Kundasang wajib masuk list uolls kalau mai KK ni. Tempat sejuk. Nak lagi best uolls overnight lah memana homestay atau hotel kat Kundasang tu. Feeling dok oversea uolls....sejuk yakmattt. Desa Dairy Farm, Fish Spa, Sabah Tea Garden, Rabbit Farm ehh memacam tempat boleh pergi tau. Sebab tu saya cakap kalau datang KK wajib tidur at least satu malam di Kundasang atau Ranau. Jelajah lah semua tempat cantik dan menarik di situ. Bundu Tuhan di Ranau juga punya tarikan tersendiri. Uolls kena pergi! Hehe
Ok meh share sikit pic yang masih bersisi di dalam memori phone ni hehe.

Pic bulan doblas tahun lepas ni. Ai is gumuk melampau time nih hahaha.

Gunung Kinabalu uolls.


Ni dalam Desa Dairy Farm..tengok lembu feeling dok Aussie dan OZ kejap hahah.

Sabah Tea Garden

Sabah Tea

Fish Spa, Kg Luanti, Ranau


Kalau uolls suka ke pantai, bermula dengan Pantai Tanjung Aru, Tanjung Lipat, Pantai Damit di Tuaran antara yang cantik, bersih. Nak tengok sunset di Pantai Tanjung Aru kena bersesak dengan pelancong especially dari China, Korea dan Jepun. Berderet bas-bas datang setiap hari tak kira cuti atau pun tidak. Best kan. Kami yang dah duduk sini pun tak jemu-jemu gi tengok sunset. Subahanallah....cantik!


Nampak tak orang ramai tengok tengok sunset tu...

Lepas tu kami ni suka laa berkelah di tepian pantai semenjak-menjak duduk sini. Maklumlah masa kat Pantai Dalam takdak pantai kan, nama je Pantai Dalam hahaha. Pehtu nak gi pantai, kenalah gi Port Dickson yang buleh tahan jauhnya, pehtu dengan ramainya manusia, dengan kotornya addeh. Tu belum nak cakap pasal minyak, pasal tol bagai kan hahhaa. Dududk sini sekangkang kera je Pantai Tanjung Aru tu dari rumah. Hehehe. Apalagi amek lah kesempatan berkelah setiap Sabtu Ahad. Siap ber bbq lagi walaupun kami 4 beranak je hehehe.




Camni barulah keturuanan Bajau namanya berendam air laut! Hehe




Suka scuba dan snorking? Sini lah syorgaaa pulau. Pulau Mamutik, Pulau Gaya, Pulau Sapi macam-macam nama nak list down kat sini pun lupa. Yang tak berapa nak best kekadang kat pulau ni agak kotor bila terlalu ramai yang datang, especially musim cuti sekolah. Time ni ramai laaa orang gi pulau. Sabah memang sangat terkenal dengan pulau yang cantik, nak nak pulau yang jauh-jauh macam Pulau Manukan tu. Pastikan naik bot di Jeti Jesselton yer kalau nak ke pulau area sini. Jangan naik bot di jeti HAROM pulak hehehe.








Nak tengok binatang? Boleh lah ke Lok Kawi Wildlife Park. Dekat je dari pusat bandar KK ni.  Best gak sini ada bintang-binatang syok lah bebudak kan.

Entrance Lok Kawi Wildlife Park

Kalau anda datang bercuti sekeluarga boleh sewa kereta. Banyak perkhidmatan kereta sewa yang ditawarkan dan make sure booking awal. Saya bukan travel agent tau tapi sesapa yang nak mai kalau terdesak saya ada contact no untuk sewa kereta. Saya pun pernah sewa kereta dari adik/kakak ni, mesra orangnya. Hehehe ini bukan review berbayar, tapi menolong kalau anda mencari. So far kawan-kawan yang datang saya bagi je no orang tu dan biar mereka deal sendiri. Sebab saya bukan orang tengah yang amek percent dari mereka hahaah. Suka-suka tolong orang je. Haa gitu.

Ok lah sampai sini dulu, next time saya tulis lagi pasal rumah terbalik (up side down) dan 3D museum, cowboy town dan tempat seafood best untuk share dengan anda semua. Sekian coretan orang yang dok merindukan Key Ell hahaha. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...