Thursday, 1 April 2021

Fawwaz Turns 5

31032021 genaplah umur anak soleh, anak bijak, anak bertuah mommy Muhammad Fawwaz. Alhamdulillah Fawwaz membesar dengan sihat dan bijak. Anak ke-2, atau boleh lah dipanggil anak bongsu kan hehehe yang lain sangat perangai dengan abang Firas. Sudahlah suka merajuk, kuat membebel pulak budak bertuah sorang ni hehe. Bukan setakat lain perangai, fizikal dia pun jauh beza dari abang yang bambam. Disebabkan itulah agaknya bila balik kampung papa dia di Semporna, selalu orang cakap dia ikut muka mommy, dia anak mommy. Ehh...dedua pun anak mommy laa apa laa mereka tu kan hehe. Dorang cakap yang bambam (abang Firas la tu) ikut papa, yang kurus (Fawwaz) ikut mommy! 

Siapa yang ikut muka mommy ni? Abang ke adik? Ke semua tak ikut muka mommy 🤪


Seperti tahun-tahun sudah, cake tahun ni masih di sponsor oleh ummi dia hehe. Murah rezeki Firas Fawwaz ni, setiap tahun ummi sponsor cake. Mommy is suka, suka, suka. Tahun ni pun kami celebrate anak-beranak je. Tahun lepas PKP 1.0, tahun ni pulak birthday jatuh hari bekerja dan tuan empunya diri taknak dah nak tunggu Sabtu nak potong cake. So kami-kami je lah yang makan cake tu hahaha. 


Sama juga macam impian dan hasrat ibu-ibu lain, mommy pun doakan yang baik-baik je untuk Fawwaz. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati, memberkati dan semoga sentiasa dalam dalam kasih sayang Allah, itulah doa yang tak pernah putus untuk Fawwaz dan abang Firas. Hilang segala penat lelah bila lihat anak-anak tersenyum dan ketawa. 

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...