Thursday, 15 April 2021

Salam Ramadan 2021

Assalamualaikum, salam Ramadan untuk semua. Diam tak diam tahun ni merupakan tahun ke-2 kita semua menyambut Ramadan dengan norma baharu. Alhamdulillah tahun ni Ramadan kita lebih baik dan lebih meriah kan. Tahun ni kita dah dibenarkan menunaikan solat Tarawih di surau dan masjid-masjid, bazar Ramadan pun dah dibenarkan beroperasi, walaupun dengan SOP yang ketat. Hanya negeri Sabah dan Kelantan sahaja bazar Ramadan dan Aidilfitri tidak dibenarkan. Semenjak negara dan seluruh dunia dilanda pandemik Covid19 ni, nak ke mana-mana pun kita terikat dengan SOP kan. Patuh sahajalah SOP yang ditetapkan, lagipun ianya untuk kebaikan kita juga. Cuma nya, agak sedih juga bila harapan nak merentas negeri sempena Aidilfitri nanti nampaknya agak samar-samar 😔😔. Walaupun belum ada apa-apa announcement dari pihak MKN ataupun KKM, tapi kalau tengok pada peningkatan kes lately ni, harapan macam makin samar pula...Sedihkan....

Ok lah, tak nak sedih-sedih kita enjoy lah Ramadan yang hadir setahun sekali ni. Bulan penuh rahmat, bulan penuh pengampunan. Biarpun sekarang bazar Ramadan dah dibuka, tapi bagi kami sekeluarga, kami dah beberapa tahun tak menjengah ke bazar hehehe. Tahun ni mesti ramai yang balas dendam kan, yelah tahun lepas takde bazar hehehe. Mesti ada macam-macam list hutang menu tahun lepas nak ‘dilunaskan’ tu hehehe. 

Semoga Ramadan kita tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Marilah kita sama-sama mendoakan covid cepat berlalu dan kita semua boleh memenuhi masjid seperto dulu. Meriahkan dedulu masjid, penuh sampai luar, siap ada khemah untuk solat di bulan Ramadan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...